anda pelebat yang handsome :)

Thursday, March 31, 2011

pagi yang sial di waktu kerja yang sial

dah nak cukup bulan aku keje nih. tapi gaji belum dapat lagi. setelah dikira kira, amatlah tersedikit gaji aku bulan nih. tapi tak tahu lagi. tengok la esok lusa macam mana.

aku memang kurang suka sikit kerja di pagi hari. shif pagi maksud aku start pukul 7.00 balik pukul 3.00 petang. tido waktu pagi lepas subuh amat disukai beta. tapi kalau kerja pagi memang haram ah sempat tido. shit! walaupun shif pagi kurang sibuk skit which is good tapi aku still sangap nak tido lagi. haha.

****************

nak dijadikan cerita, aku memang akan breakfast dulu kat rumah (kalau ada makanan, kalau mak aku rajin sediakan) . and then kalau perut dah full di pagi hari memang akan dikeluarkan pulak bahan kumuh tersebut. perut aku memang balance. what goes in goes out. macam sial.

terus aku set gps ke toilet. kaki ini pun bergerak menuju ke tandas berhampiran. sampai sampai je tengok tandas favouriteku diragut orang lain. siapa pulak la yang kacau line nih. dan dan pulak takleh tahan kan. ada tandas kosong tapi yang duduk punya. well aku prefer cangkung. lagi best lagi lawas lagi lancar :D

" tak leh tahan dah nih, kalau ditahan juga tercirit dalam seluar la jawabnya"

aku pun usya tandas perempuan. kosong. yeah mantap. aku pun melepas la disitu. haha. well the fact is tandas perempuan memang lagi bersih dari tandas lelaki. memang selesa la habaq hang.

***********
tandas si dara
oleh kerana kuncinya tak berapa nak terkunci. ada la pulak sorang minah ni menolak pintu tersebut. nasib baik aku sempat tolak balik. kalau tak. haramm. haha. nak berdehem dehem kan kantoi pulak aku lelaki. so senyap je ah.

aku terdengar perbualan perempuan tersebut. tandas yang aku tengah guna pun favourite dia sebenarnya. aduhh mampus bila dia cakap nak tunggu. haaaaahhh, aku terkena kali ni. adoyaii. nak buat macam mana lagi. kena la terperap dalam tu sekejap.

tunggu punya tunggu dia pun fed up ngan aku. dia pun guna tandas sebelah. selamat. haha. ni fact jugak. tahi perempuan memang busuk. sumpah aku nak termuntah bau dia. ishhhhkkk.
rupanya dia tak puas lagi. aku terdengar dia tanya kawan dia adakah tandas aku ni da kosong.

"belummm!"

"lamanya"

kena lagi aku. masa tu da siap pakai semua seluar dah. tapi terpaksa tunggu diorang bla lah. haha. lama jugak aku terperap dalam tuh. tergelak gelak aku dalam tandas terkenang nasib aku pagi tuh. haha.

at last diorang bla jugak. selamat. dengan secepat kilat aku keluar dari tandas tuh terus masuk kedai. nasib baik takde orang nampak. haha.

hari ni aku selamat. tak ingin dah guna tandas perempuan even kalau terpaksa sekalipun. haha

TAMAT

p/s : lain kali standby pampers untuk situasi begini :D

Wednesday, March 23, 2011

penipuan sms ( apabila melibatkan orang lama)

hari ni macam shit aku kerja sorang. dah la agak sibuk. seorang lagi yang sama shif ngan aku terpaksa jaga anaknya yang sakit. nak buat macam mana kan? kesian la pulak. so aku redha dan layan je kerja sorang. takde la teruk sangat pon. tup tup da habis shif. huhu.

tapi hari ni ada peristiwa tak leh bla skit kat tempat kerja aku. biasa la kat pam minyak kan? ada la mesin atm nya. dalam tengahari skit. ada sorang pakcik nih, aku duk usya dia kat mesin atm tuh, sambil on the phone dan seakan akan tak tahu menggunakan mesin atm tersebut dan menunggu arahan daripada telefon je.
datang negara orang buat tahi

agak lama jugak lah dia macam tuh. aku yang baik hati ni pon pergi la tanya dia apa masalah yang berlaku ( baik la kot). pastu pak cik tu cakap dia menang apa ntah, pastu ada orang nak masukkan duit la kononnya. pastu kena ikut arahan mereka. aku pun amik telefon dari pakcik tuh dan bercakap ngan pihak mereka. dari KL kata pak cik tersebut. tapi haram aku dengar loghat indon. haaah, memang sah pakcik kena tipu!

tapi disebabkan aku ni masih remaja. muka pun babyface, memang ah orang tua tak mahu dengar cakap aku. dia ingat boleh dapat duit banyak la agaknya. padahal kena tipu! adoyaii.

ni la susah orang tua yang cetek pengetahuan. jadi mengsa sindiket sindiket ini la jawabnya. hadoii..

so pakcik tu still cuba buat jugak kat mesin atm tuh. agak lama lah tapi still tak dapat. aku yang buntu tak tahu nak terangkan kat dia macam mana decide untuk terangkan kat makcik yang lebih muda dari pakcik tersebut.

Alhamdulillah makcik tersebut dapat terangkan dengan baik kepada pak cik itu. setle masalah. tapi kesian tengok pakcik tu pulang dengan muka dan perasaan yang hampa. mengharapkan duit beribu riban, tapi taik hidung pon tak dapat. ishkk isshhhk isshhhkk...

konklusinya, kita harus berwaspada kepada taktik taktik penjenayah sekarang nih. bermacam cara diorang guna. sms la kol lah apa lah. korang pun pernah kena kan?
sms kaya raya

kalau nak diikutkan mesej yang aku pernah dapat sumpah aku da kaya raya sekarang. ahaha.

p/s : jaga ayah mak nenek atuk dan seluruh keluarga korang. sesungguhnya masih ada yang belum mengetahuinya :)

Sunday, March 20, 2011

tak seronok langsung !

memang hidup umpama roda. kadang kadang kita kat atas, kadang kadang kita kat bawah. tapi bila aku kat bawah, roda tu dah taknak naik ke atas lagi dah. macam shit duk kat bawah.

memang tak best bila anda beria ria nak have conversation ngan seseorang tapi tak berjalan lancar. tapi lagi menyedihkan plus mengguris hati bila anda stalk si dia sedang seronok pula. takpelah itu hak dia. senyum!
recently blog aku dipenuhi cerita duka. nak buat macam mana, tiada berita gembira nak dikhabarkan. yes i'm on vacation. tapi macam shit jugak. kalau aku tau aku tak pergi. tak tersampai hajat dihati. macam p**i.

i know someone will definitely read this! but i'm also want you to know that, cukuplah luah perasaan kat blog nih. lebih baik disimpan perasaan ini. tulis pasal lain pula ya. no more sad fucking story!

hati ni tiada mulut untuk bercakap mahupun tangan untuk menaip. so duduk diam diam dalam cage itu ya. tunggu jela orang lain datang merompak. siapalah yang sudi kan? damn

perempuan baik hanya untuk lelaki baik. nah perempuan jahat semua datang kat aku cepat!!! haha

p/s : terlampau banyak untuk diluahkan. tapi takkan diluahkan disini. enough ! ada ubat untuk stop stalking someone tak? cause i'm fucking need that!

Saturday, March 19, 2011

why does it always rain on me?

I can't sleep tonight
Everybody saying everything's alright
Still I can't close my eyes
I'm seeing a tunnel at the end of all these lights

Sunny days
Where have you gone?
I get the strangest feeling you belong
Why does it always rain on me?
Is it because I lied when I was seventeen?
Why does it always rain on me?
Even when the sun is shining
I can't avoid the lightning

I can't stand myself
I'm being held up by an invisible man
Still life on a shelf when
I got my mind on something else

Sunny days
Where have you gone?
I get the strangest feeling you belong
Why does it always rain on me?
Is it because I lied when I was seventeen?
Why does it always rain on me?
Even when the sun is shining
I can't avoid the lightning

Oh, where did the blue skies go?
And why is it raining so?
It's so cold
I can't sleep tonight
Everybody's saying everything's all right
Still I can't close my eyes
I'm seeing a tunnel at the end of the lights

Sunny days
Where have you gone?
I get the strangest feeling you belong
Why does it always rain on me?
Is it because I lied when I was seventeen?
Even when the sun is shining
I can't avoid the lightning
Oh, where did the blue skies go?
And why is it raining so?
It's so cold
Why does it always rain on me?
Why does it always rain on....

p/s : suka ini..suits me..bila la aku nak happy pulak..haihhh -_-'

Wednesday, March 16, 2011

hati kecil berkata..

aku single and available once again. before nih aku single but not available. haha. sebab ada kisah disebaliknya. kisah menyayat hati. kisah macam dalam novel. bahkan lebih touching. amat menyayat hati.

nobody say it was easy
when its just a shame or us to part of

sejak saya mengenali diri awak, saya sentiasa tersenyum. walaupun awak suka buli saya. ya! saya sensitif. saya mengaku saya sensitif. teramat sensitif!

awak pula egois! amat egois. memang takkan dipujuk saya yang sensitif. tapi saya tak kisah. tak pula minta dikisah. saya kenal awak. saya ingat saya kenal awak.

***************************

kenapa susah sangat awak nak perasan yang saya suka awak? saya ingat awak layan saya sebab awak perasan. tapi awak anggap sekadar kawan. takpe saya faham. awal lagi kan tempoh perkenalan kita? yet, saya masih harap awak perasan.
saya tanya awak. awak single ke? ya, saya single. itu jawapan awak. saya bahagia. nak tahu kenapa saya tnya? sebab saya taknak letakkan hati kecil nih dalam hati kepunyaan orang lain. hanya awak.

bemacam halangan saya redah nak kenali awak. awak pun tahu kan? saya sanggup sebab awak curi hati saya. saya sanggup sebab saya bahagia mengenali awak.

*************************

tetapi dalam kebahagiaan itu, saya terlupa untuk tanya soalan yang penuh. ya! memang awak single, tapi awak tak cakap yang awak tak available. bila saya tahu hati awak pada orang lain, saya hampa. tak kisah. saya bahagia selagi awak bahagia. hakikatnya merana.

apa yang lebih menghampakan bila saya tahu awak tak bahagia. ini pun sebab saya. si pencuri hati awak ingat kita berdua bersama. hakikatnya tak. awak terangkan padanya ya. baru awak akan bahagia. saya tak kisah. selagi awak bahagia.
sejak tahu isi hati awak, saya sedih. tipu kalau saya cakap air mata tak mengalir. hati ini memang sensitif! ya. awak yang cakap. menulis ini pun saya tak mampu. apatah lagi untuk berdiri sendiri. rasa sebak melenyapkan kekuatan lelaki ini awak. maaf saya tak kuat.

***********************

namun saya tabahkan hati. ya! kita kawan. dan tak mungkin lebih dari itu. saya sedang membiasakan diri ini. walaupun memang susah. kawan.

ya! saya akan kurangkan sifat sensitif ini dan akan jadi seorang egois. itu azam saya! saya tak mesej awak hari nih. itu percubaan pertama saya sebagai seorang egois! tapi saya tak dapat elak daripada memegang telefon ini sepanjang hari. ya sepanjang hari. dengan harapan akan mendapat khabar dari awak. ya saya akan reply. tapi bukan sebagai saya yang dahulu. saya versi ini akan lebih egois. itu lebih bagus kan?
so saya tak tahu kesudahan cerita ini. saya mengharapkan happy ending bagi pihak awak. saya tak kisah tentang diri ini. mungkin ini lagi baik. luckily " i'm not too deep in love to let it go"

p/s : tidak diangkut dari mana mana novel !

Tuesday, March 15, 2011

Wangi kau lalu
Wangi bagaikan oh bunga
Kau tak kenali
Aku yang selalu perhatikanmu
Berseri bagaikan bintang
Ku tak mahu
Kau kan hilang di waktu siang
Biar pun aku yang asing
Selalu memikirkanmu
Ku percaya cinta
Itu memang buta
Harap kau sudi mendengar
Deruan janji jiwaku
Melalui lagu ini ohh untukmu

p/s : sumpah aku terasing! lirik by hujan..rainjers :D

Monday, March 14, 2011

1st day at work

macam biasa cuti semester yang panjang berjela jela nih aku plan nak kerja. tapi tak tahu kat mana. tapi dah tersurat dan takdir aku masuk kerja kat petronas balik. haha.
tapi bukan dekat Paka yang power plant atau tempat proses minyak Petronas tuh. dekat pam minyak je daa. haha. kalau member member aku kat kampung senang senang je kena kencing ngan aku. aku cakap kerja sana. tapi bila jumpa aku masa nak isi minyak baru diorang tahu aku kencing. sumpah seranah la mereka kepada aku. haha. diorang mati mati caya sebab aku belajar jauh jauh dari kecik. takde degree lagi lah bro. haha.

actually aku dah masuk kerja kat sini dulu. time tunggu result spm. alam 5 bulan jugak ah. sebab tu aku malas nak masuk sini balik. dah bosan larh. adoii. tapi terpaksa la sebab nak cari sesuap nasi. haha

*********************

1st day at work. aku ditugaskan kerja cashier ok. bukan macam bangla yang jaga pam uh. agak kurang ajar apabila member member aku menyamakan diri ini dengan bangla. sial. salah aku jugak. sape suruh aku kencing diorang. haha.

kerani tempat kerja tuh memang baik ngan aku. dia da pesan awal awal kat aku suruh jadi pekerja contoh. WELL? haha. tu pun sebab sekarang nih ramai budak budak lepasan spm yang jaga. semuanya agak bermasalah. macam stesen minyak mak bapak beliau. kang kena sound taknak kerja lah, mogok lah. naharam betul. haha. so akulah jadi harapan untuk mengubah diri diorang. haha. padahal aku lebih kurang je -_-'

bekerja berhadapan dengan customer ni memang leceh. macam macam ragam diorang nih. walaupun diorang tak faham apa yang kita hadapi kat mesin cash tuh, diorang fikir diri diorang je. 'customer always rite!' pale hotak ko. geram aku.
yang ni angkut google. aku tak kenal sape. haha

ada jugak jenis jantan jantan celaka yang suka duk menggedik ngan cashier perempuan. dengan perempuan bukan main lembut! kalau ngan aku, macam nak bagi penyepak je. nasib baik ada jugak awek awek menggedik ngan aku. haha. tapi ada bagusnya jugak. ini membawa maksud rakyat Terengganu semuanya normal. kami tak GAY, kami OK.

tapi ada yang best jugak kerja sini. contohnya, ada seorang mamat nih menggedik ngan member perempuan aku. gelenya sangat sampai lupa isi minyak rm20. padahal da bayar dah. haha. apa lagi masuk poket lah. tapi tak beli makanan. beli topup je. boleh kan? haha

***********************

actually stesen pam minyak petronas yang aku jaga nih sebelah Mesra Mall. so memang banyak show sshow artis kat sini. memang otw diorang balik tuh diorang singgah kat mesra aku larh. antara artis yang singgah ialah kumpulan sixth sense. oleh kerana kurang minat. aku pun tak perasan. perempuan yang singgah duk gedik gedik kat dia baru aku perasan. haha

tapi band nih memang best. HUJAN. otw diorang ke dungun untuk pergambaran video clip lagu 'muda' tuh, diorang singgah. kebetulan pulak aku ada masa tuh. dapat la bergambar dengan Noh. wahh bangga siot. haha
aku dengan hujan bhai. haha

***************

aku ada 2 bulan lagi nak kerja. sumpah aku nak saving duit kali nih. masuk uia balik nanti aku nak enjoy giler giler punya. haha. tapi camne nak saving kalau tiap tiap kali masuk duit gaji je habis tak sampai cukup bulan? so aku fikirkan nak buat buku bank CIMB yang aku takde lagi dan taknak buat atm card. boleh kot saving :)

kebetulan hari pertama aku kerja aku dapat no celcom baru jugak. dapat la text makcik tiap tiap masa. hahahahaha :D

p/s : kalau korang singgah kat pam minyak rilek rilek sudah. jangan gelabah. kan kena lempang. haha

Sunday, March 13, 2011

what love is all about ?


"You may not be her first, her last, or her only. She loved before she may love again. But if she loves you now, what else matters? She's not perfect - you aren't either, and the two of you may never be perfect together but if she can make you laugh, cause you to think twice, and admit to being human and making mistakes, hold onto her and give her the most you can. She may not be thinking about you every second of the day, but she will give you a part of her that she knows you can break - her heart. So don't hurt her, don't change her, don't analyze and don't expect more than she can give. Smile when she makes you happy, let her know when she makes you mad, and miss her when she's not there."
Bob Marley

kadangkala..


kadangkala,
kita dengki tengok orang berada
itulah sifat manusia
tak pernah puas dengan apa yang ada

kadangkala
kita mimpikan kejayaan
tapi kekalahan yang datang
hendaklah kita sentiasa berjuang

kadangkala
kerana cinta
kita kehilangan sahabat
alangkah baik miliki keduanya

kadangkala,
kita ada crush kat someone,
tapi tak berani nak luahkan,
takut juga bertepuk sebelah tangan

kadangkala
saya tak balas mesej awak
saya tahu awak marah
tapi saya senyum dapat mesej awak

kadangkala
saya tengok facebook awak saya kecewa
tapi tak bermakna saya stalker
mungkin tersemat rasa cinta

indahnya dunia tanpa perkataan benci
agar kita saling menyayangi :)

p/s : esok kerja kat petronas balik..mesti ada suara sumbang samakan aku ngan bangla jaga pam! kimak !

Friday, March 11, 2011

weyh! ingat ni klinik abah kau?

pahal tajuk macam shit je entry nih? seriously aku dah blank. tapi kesangapan menulis ni tak dapat dibendung lagi. haha. tapi sebelum terlambat. pantun dulu sepam. :D

kais pagi makan pagi
malas nak kais tak dapat makan
dinner tadi aku makan maggi
makan skit je haram tak kenyang

macam A Samad Said doh aku nih. eh no no no. macam faisal tehrani daa. muda sikit. haha. bakat semula jadi tak dapat dipendam doh :)

dah dah ! enough mencarut !

hari ni aku nak cerita atau bincang sikit pasal isu yang dihadapi oleh segenap masyarakat di Malaysia nih. masalah kesihatan. tapi kalau dah nak datang penyakit tu mana bleh halang kan? cuma nak merawat tu banyak pulak problem yang jadi. shit !

tak kisah la klinik ke hospital ke luar bandar ke kawasan bandar ke, masalah nye sama je. servis yang lambat ! kadang kadang siput lagi laju. haihhh. memang masa banyak habis nak tggu giliran je. jumpa doktor nye kejap je. kan kan kan? masa itu emas! eh bukan bukan. masa itu getah. harga getah tengah naik sekarang. haha sengal.

tapi takleh salahkan pihak pengurusan jugak sebab sape suruh korang cari penyakit. rakyat Malaysia kan? makanan mana pernah nak jaga. hisap rokok berkaton katon. nah korang cari penyakit sape suruh. doktor pun malas nak rawat korang dah.

pastu sibuk nak komplain cakap tak efisyen lah, apa lah. ingat ni klinik abah kau? hell yeah abah aku bayar cukai. so bapak aku ada share jugak la kan?

eh eh betul jugak ayat di atas. so kepada klinik klinik kerajaan tuh, tambahkan lah keefisyenan anda. kerana kami sebagai rakyat berhak mendapatkan servis terbaik! seriously. :) jangan marah naa ....

******************

so bila klinik kerajaan dah tak efisyen, ramai la yang berkemampuan pergi klinik swasta pulak. tidak dinafikan klinik swasta lagi best sebab nurse dia lagi cun. haha. tade tade. gurau. lagi bagus sebab ubat lagi berkualiti daaa...

namun ada pulak masalah lain. harga macam sial je mahal. soboleh boleh nak charge kaw kaw. bayangkan korang jumpa doktor dan dia tanya korang sakit apa? patutnya dia yang bagitahu kita kan? ni kita yang bagitahu dia, charge kita mahal mahal lak.

rm 60 +- hanya untuk jumpa doktor dan sepapan ubat? reasonable ke harga tuh? lama lama botak jugak kepala pesakit. haha.

hah, kalau korang dalam situasi nih korang pulak patut tnya doktor.. 'ingat ni klinik abah kau?' dan dengan slumber doktor jawab 'taklah, bos aku punya!' haha bodoh!

konklusinya, tak payah jumpa doktor! jaga kesihatan sudah.. kalau sakit jugak, doa je banyak banyak kat Allah SWT. insyaAllah sembuh. tak banyak hal pun syaratnya.. jaga solat ko, tadah tangan mintak doa dengan ikhlas. tak langgar peraturanNya serta beriman kepadaNya. aman dunia :) AMIN

p/s : sedang cuba membatukan hati demi makcik..namun mem

Wednesday, March 9, 2011

5 perkara bodoh yang anda buat tanpa disedari

yeah dah ada nuffnang. bila la nak kaya nih. sape sape yang rajin tolong la klikkan okayh. haha. hari ni aku nak cerita pasal macam tajuk di atas daa. beberapa perkara bodoh atau selekeh atau sengal yang anda buat tiap hari tanpa anda sedari !

tapi sebelum tuh aku nak tanya sikit. pelik ke kalau aku tengok rancangan oprah? haha. sebab aku dapat banyak fakta kat situ doh. ada jugak aku tambah tambah. apa sengal la satu hari tu aku bukak rancangan dia. by the way, not bad laa. patut la ramai yang view dia. sampai jadi selebriti terkaya kot. masyukkk...

tanpa membuang masa abah kau, kita layan...

orang memberi kita berterima kasih
kasih sayang ada dimana mana
ini cerita amat lah selekeh
kalau terasa jangan marah naa

5 perkara bodoh anda buat tanpa sedari:

1. korek hidung
atau istilah sopannya, MELOMBONG. haha. yang ni memang semua orang buat. tak salah pun. tapi bunyinya macam selekeh sikit la kan?
jangan terkejut kalau fakta menunjukkan manusia normal korek hidung 5 kali sejam. haha. tapi yang paling best, masa sekolah dulu korang mesti korek hidung, getel getel pastu lekat bawah meja. pernah rasa nak usya meja korang dulu tak? hahaha macam shit selekeh..

2. korang akan usya shit sendiri
yang ni jangan nak tipu ah. memang shit anda tu memang diusya setelah mereka bebas kan? jangan segan babe. sifat tu normal. korang memang ada sifat ingin tahu kan? nak buat macam mana. normal normal. ni doktor dalam oprah cakap. haha
bentuk shit yang sihat ialah macam pisang dan terapung di dalam air. korang punya macam tu ke? aku sihat :D

3. korang tekan butang kat lif tu banyak banyak kali
dengan harapan lif tu akan turun lagi laju. memang tak lah. berjuta kali korang tekan pun speed dia sama je. haha. nilah sifat rakyat Malaysia yang tak sabar sabar..
nasihat aku, banyakkan bertenang dan kurang lagi 1 perkara bodoh yang kau buat. LOL

4. semua mende yang boleh reflect jadi cermin korang
yang ni kategori bajet handsome @ cun. on the way nak ke shopping complex or kelas or etc tuh, semua yang boleh pantulkan wajah korang boleh jadi cermin kan?
tanpa korang sedari yang ramai orang lain usya dan kutuk kutuk korang. 'bajet handsome mamat tuh' haha. yang lagi best, cermin kereta pon korang tibai. kalau ada orang kat dalam kereta macam mana? hidup segan mati tak mahu la jawabnya. haha :D

5. tekan vending machine serentak
dengan buat ni kononnya mesin tu akan keliru dan keluar dua dua jenis air la kononnya. haha takleh bla. silap hari bulan air tak keluar, duit dia telan, korang kempunan. haha
bawaklah duit lebih nak air lebih -,-

actually banyak lagi nih. tapi aku da lupa. kalau aku ingat aku tambah tambah lagi okayh. haha.

amacam? bodoh plus selekeh plus sengal kan? korang ah nih. aku tak. haha. so renung renungkan apa yang aku cakap. yang penting korang buat ni jangan kantoi ngan orang lain sudah. segan nanti. TAMAT

p/s : it's been two days -___-

Tuesday, March 8, 2011

the 7 dangerous act after a meal.

yeah hari ni bangun pukul 9.20. waktu biasa bangun selepas tidur lepas subuh. cop cop. subuh aku di masjid. baik kan aku? haha. online online je nmpk faris( bukan nama sebenar) tag 1 video nih kat aku. the 7 dangerous act after a meal. content dan fact yang menarik. so aku decide nak share ngan korang pembaca :)

bangun pagi gosok gigi
terus breakfast takut basi
apa yang baik kita kongsi
agar hidup diberkati

the 7 dangerous act after a meal:
1. Don't smoke
experiment from experts proves that smoking a cigarette after a meal is comparable to smoking 10 cigarettes ( chances of cancer is higher )
2. Don't eat fruits immediately
immediately eating fruits after meals will cause stomach to be bloated with air. Therefore take fruit 1-2 hr after meal or 1 hr before meal.
3. Don't drink tea
because tea leaves contain a high content of acid. This substance will cause the Protein content in the food we consume to be hardened thus difficult to digest.
4. Don't loosen your belt
loosening the belt after meal will easily cause the intestine to be twisted and blocked.
5. Don't bath
bathing after meal will cause the increase of blood flow to the hands, legs and body thus the amount of blood around the stomach will therefore decrease. this will weaken the digestive system in our stomach.
6. Don't walk about
people always say that after a meal walk a hundred steps and you will live until 99. in actual fact, this is not true. walking will cause the digestive system to be enable to absorb the nutrition from the food we intake.
7. Don't sleep immediately
the food we intake will not be able to digest properly. thus will lead to gastric and infection in our intestine.

cukup 7. haha. aku tulis semua dalam English sebab video tu dalam English. jadi 1 kerja pulak aku nak translate untuk korang. kalau tak faham tu guna Google translate je okayh. haha.

tips yang berguna nih. sekarang ni baru aku tahu banyak perkara yang aku buat salah. haha. so renung renung kan selamat beramal :) TAMAT

p/s : tak dapat khabar berita lagi dari makcik :/

Monday, March 7, 2011

bila sony erickson jadi ikan. -_-'

hujan lebat di pagi hari
habis basah diriku ini
nak melebat awal lagi
mampos ah, ku tak peduli

berpantun lagi. haha. berbakat jugak aku ni sebenarnya. yeah memang lebat pagi nih. TERAMAT lebat. entah kenapa dari semalam duk hujan je kampung aku ini. padahal sejak aku balik memang panas je sini. haihh. tak kesah la. best jugak sejuk sejuk time hujan nih.

tapi dalam kesedapan kesejukan hujan tersebut ada jugak mende tak best. phone aku terjatuh dalam lopak air! macam celaka !

macam ni kisah bermula. dah hujan lebat kan, so aku kena la hantar kakak aku pergi kerja. padahal selama ni pergi ngan motorsikal je. gedixs lebih. haha. kurang ajar punya adik! aku meredah hujan lebat tuh pergi bukak pintu pagar semua. dah basah basah masuk dalam kereta. memang best !

tapi dicubanya start kereta tersebut, enggak mau hidup dong. puas aku mencuba. tapi haram. urghhh. tade bateri kot. dah lama tak start kan? aku malas bawak kereta nih.bazir minyak je. sen pun tak tebal sangat nih. haha.

pastu aku masuk rumah. and then terperasan mana menyorok phone aku nih? cari dalam rumah tak jumpa. penat dah hamba. pastu suruh kakak aku miskol. tak dapat. saat tuh aku da syak dah somethings wrong. haha. kalau takde dalam kereta memang dalam air la jawabnya.

on the way nak ke kereta tu, aku nampak something shining dalam lopak air tuh. ikan emas ke? ikan jaws ke? haha sengal. bila dirapati, my K550i rupanya(phone murah je). macam sial ah dia duk berendam dalam air lama jugak tu. dalam 15 minit ke apa. adoi adoii memang lemau ah beliau pasni -_-'
phone aku sebijik macam nih, lawa kan kaler beliau?

terus aku berlari naik ke rumah bukak housing bateri simcard semua. terus capai hair dryer kakak aku keringkan mende alah nih. susah woo tade phone. haha.

bila da kering semua aku try on balik telepon ini, nasib baik sihat walafiat lagi. huhu. tapi dan dan je aku tulis entry nih dia start sengal dah. camera dia on off on off. adoii takkan nak kena repair kot. baik aku tukar phone. haha. Blackberry macam best :D

kesimpulannya letak phone anda dalam plastik setiap kali hujan. ( bodoh la kalo korang ikut nih) haha. actually jaga beliau dengan baik setiap waktu dan ketika sebab aku tahu, memang the most important gadget nowadays nih :)

memang pasni bau ikan di telinga aku ( hotak ko, bukan air laut atau air sungai, air hujan bersih (kot)) TAMAT

p/s : baru je dapat contact balik makcik takkan nak miss lagi kot. hua hua hua :D

Sunday, March 6, 2011

tv oh tv !

salam sejahtera pembuka bicara
niat dihati ingin melebat
aku tak kisah bagaimana cara
kalau tak reti, kita pakat sebat

haram jadah aku berpantun dalam entry nih. tak dibuat oleh mindaku yang waras nih. haha. sengal sengal pepagi buta memang best.

oleh kerana susah nak tengok tv kat UIA uh, aku balik rumah nih memang Qada' tengok tv sampai lebam ah. lama tak tengok siot. macam macam cerita baru kat tv uh. haha

tapi waktu cuti aku nih, dan dan pulak ada pilihanraya kat Merlimau ngan Kerdau uh. so seperti sedia maklum ah, memang takde mende lain ah ditunjukkan mereka. berkempen berkempen berkempen. dah naik muak dah aku tengok tv uh! nasib baik semalam dah habis semua mengundi haram jadah tu. urggghhhh

aku kali nih bukan nak tulis entry pasal politik, in fact aku memang minat politik pon. haha. taknak la tulis pasal mende mende serius nih lagi dalam blog, kita cool dulu. sengal sengal dulu ikut jiwa remaja. dah tua sikit aku wat blog serius okayh :)

tapi aku still nak nyatakn pendapat aku disini. aku tak tuding jari kepada sesiapa. aku bersifat neutral kali nih. huhu. Malaysia sebuah negara berdemokrasi ( kata kerajaan). tapi apa yang aku nampak disini ialah seluruh media dikawal oleh kerajaan. tiada pun diberi peluang kepada pembangkang hak kebebasan media yang sepatutnya. why should it happen when you call this country "negara berdemokrasi"?

situasi ini tidak sepatutnya berlaku di negara kita. kenapa kerajaan begitu takut untuk memberi kebebasan kepada media? adakah takut terbuka pekung didada? renung-renungkan lah :)

****************************************

okayh sekarang pun aku nampak trend kat tv banyak sangat iklan mereka. takde pulak aku kisah iklan yang panjang panjang. da memang tu sumber kewangan diorang melalui pengiklanan. tapi apa yang aku kisah sekarang nih ialah content iklan tersebut.

aku nampak iklan kat tv dah mula banyak pasal pasal 18SX. haram jadahnya buat cenggitu sedangkan penonton terdiri dari semua golongan umur masyarakat. adoii adoii

contoh iklan iklan yang tak leh bla, 18 SX kaw kaw punya :
-iklan pembesaran, pemejalan buah dada
-iklan kuat tenaga batin
-iklan mengembalikan kenikmatan malam pertama
-macam macam lagi lah

kalau korang ingat ada 1 iklan nih:

suami : sayang, abang dah balik !
isteri : naiklah, sayang kat bilik !

pastu lampu bilik tutup. adoiii kenapalah korang pergi siar iklan macam nih. taw tak setiap kali aku tengok iklan nih depan tv, segan aku bila mak aku kat sebelah. stop stop weyh. konfem konfem ramai lagi nasib macam aku nih. bengong nye iklan.

aku kira ok lagi lah sebab dah besar, mumayyiz, akil baligh semua. kalau budak budak kecik yang tak tahu pape? patu tanya kat parent diorang nanti? nak jawab apa? haha

so reconsider balik la nak letak iklan tuh. dah taw semua peringkat umur tengok, bagilah content yang sesuai skit LOL. hahaha

*************************************

bila da tension tgk channel channel sedemikian, aku pun tukar tgk sukan. layan Man U lawan Liverpool lagi best. tapi kimak kalah Man U. sedih aku. sokong Pelita Jaya ah pasni. hahahaha :D

p/s : mana menghilang makcik ku? hummmmh

Friday, March 4, 2011

10 petua elak disaman di jalan raya


dapat idea nak buat setelah tengok di berita berita kat kaca telivisyen saman ada diskaun dan semua orang serbu pusat pembayarannya. haha

aku bukan mat rempit yang biasa ditangkap dan disaman. in fact, aku tak pernah kena saman pun. rekod clean babe. haha. tak kisah di jalan raya ataupun di UIA. aku memang tak pernah kena saman. nasihat aku, pandai wat jahat pandai sorok! orang bodoh je yang kantoi bila wat jahat doh. haha.

hari ni aku nak bagi beberapa tips atau petua yang korang boleh amalkan dalam kehidupan sekalian bagi mengelakkan diri anda disaman. AWAS! petua petua nih tak pernah disyorkan mana mana pihak. aku je yang pandai pandai reka. just for fun LOL. don't take it seriously :)

tips elak disaman :

1. pemanduan berhemah
sah sah kalau korang amalkan nih tak kena saman. sejuk hati pegawai JPJ tu tengok korang. haha. tapi haram ah remaja berdarah muda sekarang nih nak ikut rule kan? dah signboard tunjuk 90km/h korang gi 140m/h. haha. biasa ah tu. adrenaline rush lagi best. menyirap :D

2. orang handsome tak kena saman
kenapa aku cakap camni? sebab orang handsome memang beria ria tunjuk kehandsoman diorang. so cermin kereta mereka tidak akan ditinted ! orang tak handsome je tinted cermin kaw kaw sebab segan. haha. kidding kidding. AWAS! tinted skit skit sudah kalau taknak kena saman.haha


3. sentiasa bawak limau di dalam kenderaan anda
kalau korang kena tahan ngan JPJ sebab buat salah, terus amik buah limau tersebut dan kopek kulitnya. tapi jangan hulur kat mereka atau korang telan isinya. sebaliknya makan KULIT buah limau tersebut. JPJ akan ingat korang gila and then tak jadi la saman kan? haha. tapi sapa yang buat nih memang trully gila la. hahahaha.



4. bukak lagu Justin Bieber atau K-Pop atau sebagainyalah
da jadi trend mereka nih dipuja di Malaysia kan? so korang gamble nasib ah skit harap JPJ tu layan jugak. pastu pandai pandai sembang ngan mereka. moga moga sejuk hati tu. haha. tapi kalau korang nampak aku yang jadi JPJ tu, jangan bukak lagu lagu nih, aku lempang sekor sekor nanti. hahaha :D


5. berlakon seperti dalam kecemasan
yang paling common skali ialah kecemasan nak mengandung. memang tak jadi saman la. siap mereka escort ke hospital lagi. tapi tips ni menjadi kalau korang ada member perempuan yang buncit dalam kereta jela. kebiasaannya takde, lelaki ramai lah yang buncitnya. hahahah. pun bleh !

6. mencapub
yang ni memang menjadi kalau korang pandai menggedixs ngan pegawai JPJ berkenaan. lagi efisyen kalau korang hot plus cun macam Lisa Surihani. haha. ayat skit and then lepas lah dari sekatan berkenaan sebab majoriti JPJ tu memang buaya naharam.gatal gelenya! haha. tapi kalau korang tiada ciri ciri seperti Megan Fox berkenaan, doa la banyak banyak ye :D



7. suap-menyuap
bukan suap nasi ke bubur ke. tapi suap duit daa a.k.a. RASUAH. haha. majoriti daripada mereka memang selalu makan rezeki haram nih. aku cakap sebab pernah berlaku depan mata aku nih. macam sial je diorang nih. haha. tapi AWAS! kalau silap dapat yang baik, lagi teruk ah korang kena ada laa. haha :D


8. tabik spring
dengan harapan dia akan caya korang pangkat lagi tinggi dari dia. haha. kalau korang da tua berjanggut boleh la percaya. tapi kalau muda muda jagung lagi? kantoi bodoh je. haha.

9. kol someone yang berpangkat besar yang korang kenal
haha yang ni kalau korang takde yang kenal langsung berlakon jela. tapi tgk jugak siapa yang korang kol tu. agak agak berpangkat gedabak besar macam Perdana Menteri ke takut jugak dia nanti. haha. kalau setakat kol ketua kampung tak payah nak kol sangat la kan. haha.


10. redha je @ wat muka 10 sen
haha kalau da buntu idea tuh korang berserah je kepada ketentuan. of course la korang akan buat muka innocent, muka 10 sen(kalau 5 sen lagi bagus) haha. jangan nak ego sangat la kan kalau sayang duit. haha

haha sengal sengal belaka nih. kalau korang rasa boleh ikut, ikut jela tips nih. insyaAllah menjadi. ni la petua aku tak pernah kena saman doh. ngok!

actually aku baru dapat free header pagi nih. cun cun tak? kalau korang nak jugak mintak kat mr. coffee. free je tak payah bayar. hehe. nah klik disini taw.

TAMAT

p/s : semakin jauh rasanya dengan makcik :/

kelas komputer.

lama tak menulis daa. padahal baru 2 hari. haha. dah gelabah dah. seminggu di kampung membuatkan aku rasa fresh. rasa macam baru dilahirkan. best best :)

entry kali nih aku aku nak cerita 1 lesson yang aku belajar dalam kelas computer. biasa la budak ICT an? haha. aku nih sebenarnya noob skit pasal perkomputeran nih. jadi macam excited skit belajar pasal mende nih. haha.

'buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan. saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan'

lesson yang akan aku ingat sampai mati : kotak besar kat komputer tu bukan CPU ! tapi system unit. CPU tu mende alah kecik macam cip dalam kotak gedabak tuh. haha. sumpah aku baru taw. dan aku taw ramai lagi yang tak tahu. jangan menipu! dah macam pantun daa -_-'






bende alah di sebelah nih, yang korang duk panggil dia CPU tu, nama sebenarnya System Unit okayh. ingat sampai mati! haha










mende ni lah CPU sebenarnya. kecik je duk dalam System Unit uh. example senang, Intel la yang biasa korang sebut kan? haha. nama scientific microprocessor! ingat jugak sampai mati.



haha. baru korang tahu kan? first time aku taw nih, semua orang aku kecoh. haha. macam pandai habis je. sengal. padahal kelas komputer tu selalu ponteng jugak. nak buat macam mana kan. lecturer baik sangat. macam tak kisah je budak tak datang kelas dia. haha

kalo nak belajar advance lagi pasal komputer klik sini . kepada undergraduate UIA yang nak amik subjek comp 1 pun boleh dapatkan nota disini. use it wisely :)

p/s : tunggu apa lagi? go spread the word. haha. makcik busy :'( take care!

Tuesday, March 1, 2011

6 perkara yang meng'kantoi'kan kemachoan aku.

alright. hati happy dah bila masalah dengan someone da setle. bukan masalah sangat actually. salah faham je kot. haha. btw i can smile from ears to ears dah pasni :)

so ramai yang cakap aku tak cakap banyak and macam loading je skit. haha. aku rasa macam cool je buat macam tu. seriously doh. cuba korang rilek je dalam hidup korang dan tak yah gelabah gelabah. mesti macho jugak macam aku. haha sengal.

tapi entry kali nih aku akan mendedahkan situasi situasi di mana kemachoan aku akan terkantoi! haha. segan kot nak cerita tapi selumber ah. haha. sit back and enjoy :)

5 perkara yang meng'kantoi'kan kemachoan aku :

1.cacing~

seperti biasa nak memancing kena ada umpan. so 'cacing' menjadi pilihan. senang je nak cari. tapi awas! aku dah haramkan diri aku pegang mende alah nih. sumpah aku geli geleman ngan mende nih. ewwwww. dari kecik lagi bhaii aku anti menatang nih.

ingat lagi masa kecik aku lari keliling rumah sebab kena kejar ngan member aku dengan cacing nih. tak kesah ah apa korang fikir. tapi bagi aku mende alah ni kotor teramat dan mintak dijauhi dari aku! hahahaha

2.sungai dan laut~

well rumah aku tepi pantai. kebetulan pulak pantai yang ada muara sungai skali. so memang cantik ah. plus memang jadi port berendam aku ah waktu lapang. namun awas! sekencang kencang aku mandi laut dan sungai pun ada cerita tak bestnye.

aku sentiasa akan terbayang ada buaya di sungai dan ikan jaws di laut. haha. terlebih layan movie nih. so aku takkan berada dalam air terlalu lama or terlalu dalam. haha. gila nak kena makan ngan menatang tuh 2 ekor. haha. cuak aku ! (malaysia ada jaws ke? tak tahu aku..haha )

3.bila terkejut~

aku bukan pelatah namun jika dikejutkan secara melampau, terlampau lampau aku boleh jadi. haha. ingat lagi masa tengok cerita hantu kat wayang.

dengan sound effect yang mantap diorang kenakan aku. aku ni memang berani sikit tengok cerita seram nih. tapi bila ada satu scene tuh, bila aku da set otak aku untuk tengok hantu tu julurkan tangan tapi dia pulak keluar merangkak dengan laju. lahanat! terlompat aku dari kerusi tu. haha. segan kot

4.bila tengok cerita menyayat hati~

haha. aku paling takleh tengok cerita yang menyayat hati jiwa dan perasaan nih. konfem konfem air mata mengalir. sob sobb sobb :'( apa der, nangis tgk cerita touching? tak macho ah! haha

haha. biaq p ah ang nak cakap apa pon. jiwa aku lembut. memang fragile senang dieffect. haha. tapi aku tak layan cerita korea der. tapi skali tertengok tu akan terlayan jugak aku rasa. haha

5.basah~

well aku seorang yang aktif. apa ntah istilah saintifik nye. tapi walaupun aku makan banyak aku still tak gemuk. haaaa, kadar metabolisme tinggi kot. hehe. aku pon tak tahu actually.

plus aku agak senang berpeluh. pastu dan dan kena lak ngan aku yang tak suka pakai inner cloth masa pergi kelas atau mana mana saja. so kalau peluh tu memang terang lagi bersuluh ah kat baju aku tuh. haha. masa ni la segan nak mampos pastu tiada keyakinan diri. haha sengal. okok pasni aku pakai inner ok :)

6.darah~

aku paling gelabah ngan situasi nih. bila luka skit aku dah gelabah dah. well aku memang tak suka darah darah nih. aku memang dari kecik set tak nak jadi doktor. haha. cuak la sial

dak dak ni lak kepala nak pedajal aku je keje bagi aku tengok blog karingeri uh. mak aihh, nak termuntah aku dibuatnya. haha. sorry der wa mabuk darah. haha :D

pengakuan berani mati nih. aku hanya mendedahkan kelemahan aku tuh. mesti ramai yang amik kesempatan nak ngenat aku pasni nih. haha. jangan doh, silap hari bulan aku lempang sekor sekor tanpa disedari nanti. haha. TAMAT

p/s : dah baik dah baik ngan budak tuh :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...