anda pelebat yang handsome :)

Friday, March 11, 2011

weyh! ingat ni klinik abah kau?

pahal tajuk macam shit je entry nih? seriously aku dah blank. tapi kesangapan menulis ni tak dapat dibendung lagi. haha. tapi sebelum terlambat. pantun dulu sepam. :D

kais pagi makan pagi
malas nak kais tak dapat makan
dinner tadi aku makan maggi
makan skit je haram tak kenyang

macam A Samad Said doh aku nih. eh no no no. macam faisal tehrani daa. muda sikit. haha. bakat semula jadi tak dapat dipendam doh :)

dah dah ! enough mencarut !

hari ni aku nak cerita atau bincang sikit pasal isu yang dihadapi oleh segenap masyarakat di Malaysia nih. masalah kesihatan. tapi kalau dah nak datang penyakit tu mana bleh halang kan? cuma nak merawat tu banyak pulak problem yang jadi. shit !

tak kisah la klinik ke hospital ke luar bandar ke kawasan bandar ke, masalah nye sama je. servis yang lambat ! kadang kadang siput lagi laju. haihhh. memang masa banyak habis nak tggu giliran je. jumpa doktor nye kejap je. kan kan kan? masa itu emas! eh bukan bukan. masa itu getah. harga getah tengah naik sekarang. haha sengal.

tapi takleh salahkan pihak pengurusan jugak sebab sape suruh korang cari penyakit. rakyat Malaysia kan? makanan mana pernah nak jaga. hisap rokok berkaton katon. nah korang cari penyakit sape suruh. doktor pun malas nak rawat korang dah.

pastu sibuk nak komplain cakap tak efisyen lah, apa lah. ingat ni klinik abah kau? hell yeah abah aku bayar cukai. so bapak aku ada share jugak la kan?

eh eh betul jugak ayat di atas. so kepada klinik klinik kerajaan tuh, tambahkan lah keefisyenan anda. kerana kami sebagai rakyat berhak mendapatkan servis terbaik! seriously. :) jangan marah naa ....

******************

so bila klinik kerajaan dah tak efisyen, ramai la yang berkemampuan pergi klinik swasta pulak. tidak dinafikan klinik swasta lagi best sebab nurse dia lagi cun. haha. tade tade. gurau. lagi bagus sebab ubat lagi berkualiti daaa...

namun ada pulak masalah lain. harga macam sial je mahal. soboleh boleh nak charge kaw kaw. bayangkan korang jumpa doktor dan dia tanya korang sakit apa? patutnya dia yang bagitahu kita kan? ni kita yang bagitahu dia, charge kita mahal mahal lak.

rm 60 +- hanya untuk jumpa doktor dan sepapan ubat? reasonable ke harga tuh? lama lama botak jugak kepala pesakit. haha.

hah, kalau korang dalam situasi nih korang pulak patut tnya doktor.. 'ingat ni klinik abah kau?' dan dengan slumber doktor jawab 'taklah, bos aku punya!' haha bodoh!

konklusinya, tak payah jumpa doktor! jaga kesihatan sudah.. kalau sakit jugak, doa je banyak banyak kat Allah SWT. insyaAllah sembuh. tak banyak hal pun syaratnya.. jaga solat ko, tadah tangan mintak doa dengan ikhlas. tak langgar peraturanNya serta beriman kepadaNya. aman dunia :) AMIN

p/s : sedang cuba membatukan hati demi makcik..namun mem

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...