anda pelebat yang handsome :)

Monday, February 28, 2011

kisah abu dan siti .

firstly aku nasihat kat korang jangan baca cerita nih. sumpah cerita merepek. tiada faedah pun baca cerita nih. tapi korang still baca lagi sampai sekarang. bukan salah aku. korang yang degil.

ok korang da sampai tahap nih means korang nih truly degil naharam. haha. takde lah. gurau gurau je. intro yang sengal nih hanyalah nak cover cerita sedih yang aku nak cerita satgi nih :(

for your information, Abu ni memang sahabat sejati aku. Siti pulak aku tak kenal sangat. aku kenal pun melalui Abu lah. aku ngan Abu memang macam isi dengan kuku. segala rahsia dia aku tahulah senang cerita. haha. so lately Abu nih ceria semacam je doh, until la semalam dia down gler. aku pun tak tahu sebab apa. so aku korek korek la rahsia dia.

aku cerita apa yang aku tahu ok. tapi tak baik doh bukak aib orang. camne nih? tu yang aku cakap cerita ni bukan untuk tontonan umum. aku tulis pun sekadar nak luah perasaan bagi pihak Abu. haha.

how do they meet~
unik bhai cmne diorang kenal. kat facebook! haha. masa mula mula uh Siti 'like' wall post Abu ke kawannya yang juga merupakan kawan mereka berdua. pastu Abu tnyalah siapa nih. rupanya kawannya bla bla bla bla. pastu Abu add la Siti as his facebook friend.

cerita dipangkah pangkah~
oleh kerana cerita diatas ni diketahui ramai kawan Abu dan Siti, mereka mula memangkah diorang berdua. kepada yang tak tahu pangkah tu apa, kira macam gosip gosip lah. haha. ramai betul cupid di kalangan mereka.

lebih rapat @ akrab~
okayh. dengan kemudahan internet dan facebook boleh dikatakan tiap tiap hari mereka dating di komputer. haha. style doe. kalau tak dating sehari tu tak lengkap der. tapi kalau hari yang ada exam or etc, kena postpone lah. haha.

shy shy cat~
yeah seperti biasa lelaki yang kena bertindak dulu. so Abu pun start mintak no phone Siti. haha. setelah sedikit gurauan sengal dari Siti, Abu pun memperolehi no tersebut. berbunga bunga hati Abu time tuh. haha. tapi malangnya berlainan line. Abu pakai maxis dan Siti pakai celcom. so facebook tetap menjadi priority diorang. sebab mahal lah der. diorang bukan da kerja pun. haha

tapi bila da dapat no tu banyak kali jugak ah Abu kol Siti. tapi masa first first segan gila ah habaq ang. kaku terus. haha. masa chating berani sangat. kalau jumpa lagi segan der. haha. memang terdiam terus. so diorang decide nak bet sape tegur dulu dia menang and the loser kena belanje. guess sape menang? Siti!! haha

cuti~
oleh kerana perkenalan mereka pada exam week dan selepas tu cuti semester panjang, si Abu yang habis exam awal nih decide nak stay tggu Siti habis exam. mana tak nya, rindu nanti 3 bulan tak jumpa. haihh. diorang pun balik ke kampung halaman pada hari yang sama. sempat jugak Abu mengangkat beg Siti before dia naik bas. perghh sedih kot last jumpa before 3 bulan nanti :(

at home~
perasaan rindu diubat dengan dating di laman sesawang jela. pastu adalah diorang text text skit kol kol skit. Abu janji nak tukar no Celcom nanti tapi masih otw. haha. 'bahagia babe dapat chating dengan Siti' kata Abu. haha. so bila Abu kehabisan kredit cara utk tahu Siti online post jela kat wall dia "if you read this text me ASAP" haha. style gler ah.

malam yang sedih~
sepam lagi Abu tinggal mesej seperti diatas agar tahu bila Siti online so that dia boleh online skali. tapi tunggu punya tunggu takde pape pun smpai Abu tertido. haihh kesian Abu mengharap sangat tuh..

kata kata yang perit~
Abu terbangun dalam pukul 1 lebih macam tu. dia decide untul online tgk apa yang terjadi. bila online je ternampak notification "siti commented on her wall post". terus Abu nampak, "malas!" tu je jawapan dia?hummh
yeah facebook dicipta untuk stalker, so Abu stalk la wall Siti jap. tahu la rupanya dia nga sedih malam nih. tapi kenapa sedih? tengok kat status dia, ayatnya lebih kurang macam nih. "kalau boleh putar masa, dia janji jawapan dia bukan NO".. haha ayat ni macam describe dia pernah tolak lamaran someone kan?

sedih~
so Abu terfikir balik kenapa dia wat status macam tuh? nak bagi semua org tahu or lebih tepat lagi nak bagitahu Abu yang jangan put too much hope on her. tapi kenapa Abu nak sedih lak? bukan ada pape between them. tak tahu! hati kecil dia yang kata begitu.
malam yang teruk itu Abu menangis kot sambil dengar mp3. kimak bapuk. haha. Abu you better be ready for tomorrow coz it's going to be tougher and tougher!

haha tu je cerita sedihnya. takde pape pun. aku kat sini nak mintak nasihat korang sikit apa yang harus dibuat Abu?sebab aku rasa Abu ada 'a little crush' on Siti. so pleasee leave a comment here. Abu sedang bingung. haha

p/s : damn ini cerita betul, nama je tak betul !

Sunday, February 27, 2011

10 tips berguna kepada perokok.

yeah hari ketiga di Terengganu memang best. udara yang nyaman dan segar, pemandangan yang indah. haha. kalau kat PJ uh memang tak ah, dah la UIA tu sebelah kilang je. silent killer orang kata. adehh

tapi kalau udara yang bersih pun tapi korang hisap rokok pun apa guna kan? sama ja. aku tak nak cerita pasal toksik toksik atau racun racun atau sebagainya sebab korang sendiri pun taw kan? dah penat kerajaan bagitahu kalau nak suruh aku cerita jugak tak taw la. haha LOL

kepada perokok perokok out there diorang bukan tak sedar risk merokok tu tapi memang susah nak stop kan? jangan tipu ah kalau korang tak pernah cuba nak stop kan? paling lama pun 2 minggu je bleh tahan. stop rokok nih memang mission impossible la wa cakap lu.
so hari nih aku akan bagi tips skit kepada korang. bukan tips nak berhenti merokok sebab haram ah korang bleh buat, haha. just tips sempoi sempoi untuk mengurangkan risiko kesihatan, menjimatkan duit dan berfaedah bagi korang. haha. macam biasa, sit back and enjoy :)

10 tips sempoi kepada perokok :

1. jangan membeli, menyimpan atau memiliki lighter dan mancis~
takde lighter takleh cucuh rokok rite? apa masalhnya? aku still boleh pinjam kat orang lain. haha. disinilah pointnya, tak semua orang ada lighter, so korang akan mengambil masa untuk mengenal pasti siapa yang ada lighter. so korang akan mengurangkan jumlah hisapan dalam sehari coz memang penat ah asyik nak pinjam je. haha. tips ni lagi berkesan kalau korang pemalu :)

2. banyakkan beriadah dan minum air masak~
dah taw korang menjahanamkan diri sendiri, cover la skit dengan mencergaskan badan. ni sampai ada kes dah la gemuk, riadah malas, hisap rokok kuat, so korang bgtaw aku dia boleh survive sampai bila?haha. kalau korang riadah ngan minum banyak air tu boleh la buang toksin skit skit plus jantung jadi lagi kuat. kan seimbang tu :)

3. hisap rokok semasa menaiki kenderaan~
motorsikal especially. angin konfem telan rokok korang lagi banyak daripada masuk mulut korang. so segala keburukan pada rokok tak masuk semua la dalam badan ko. haha. kan selamat tuh. tapi awas, accident tanggung sendiri. jangan salahkan aku :)

4. hisap rokok pancung pancung~
istilah pancung nih means kongsi kongsi la kepada sesiapa yang tak tahu tu. haha. ok faedah yang korang dapat dari ni ialah korang dapat save duit. kalau harga sekotak rm10 pancung ngan member jadi rm5 je. plus kesan kesan negatif rokok pun korang kongsi 2 orang. so nyawa korang dah tak sependek yang dijangka. haha :)

5. banyakkan lepak hospital~
selain daripada zon larangan merokok, pergi lawat pakcik pakcik yang terkena penyakit kesan daripada merokok. jadikan iktibar masa depan :)

6. nicotine gum atau rokok electric tuh~
korang jangan beli mende alah nih. seriously tak berguna. wat bazir duit je. ramai member aku dah terkena.nak kena asap jugak lalu tekak uh. haha :)

7. cari awek yang tegas~
sah sah perempuan tak suka balak mereka merokok. so cari la awek yang tegas tegas skit biar kena maki hamun ngan dia kalau korang hisap rokok. "alah boleh hisap rokok belakang dia" kalau korang terfikir mende nih, banyakkan dating bersama mereka :)

8. banyakkan telan lollipop atau choki choki~
kalau rasa menyangap je buat mende nih. dah la sedap, harga pun murah je. lagi comel hisap lolipop dari rokok. awek pun suka comel comel nih :)

9. jangan pergi melancong tempat bebas cukai~
contoh langkawi labuan or etc. kat sini rokok memang murah naharam. memang kalau korang pergi sini nafsu merokok tu memang tinggi. tak cukup dengan itu. siap tapau 2-3 katon wat balik. haha :)

10. kurangkan makan~
yeah waktu favourite merokok ialah selepas makan. kalau korang kurangkan makan so kuranglah waktu favourite merokok. hence kuranglah kadar hisapan kurang. plus boleh tolong korang diet. haha :)

haha. amacam? sempoi? korang boleh praktikkan tips tips diatas. insyaAllah menjadi. tapi awas! tips tips nih tak pernah disyorkan doktor doktor di Malaysia mahupun Antarabangsa. haha. TAMAT

p/s: aku tulis nih sebab makcik suruh aku stop and suddenly dapat idea :)

Saturday, February 26, 2011

rumah manis rumah :)

Yeah tepat pukul 4.00 pagi aku sampai ke rumah ku yang tercinta..haha..pagi pagi buta baii..cuak jugak nak jalan kaki ke rumah aku gelap gelap nih..dah la banyak cerita hantu sekarang nih..maunya hantu kak limah tu ikut aku balik rumah..haha

For your information rumah aku tiada kemudahan internet so aku akan rarely update my blog okayh..ini pun tulis kat rumah satgi pergi la cybercafé terdekat..haha

Sampai sampai rumah terus tidur..azan subuh bangun pergi masjid..penat penat pun pergi jugak..kalau tak, bising ah mak aku nanti..haha.alaa masjid dekat je pon ngan rumah aku nih. Lepas subuh tido ah balik..mantap..

Tanpa ku sedari, sempena kepulangan aku ke tanah air tercinta nih banyak aktiviti menunggu aku rupanya..haha..sebangunnya pukul 9.00 lebih macam tuh, after sarapan, terus member aku ajak pergi mandi air terjun..wahhh..mantap..dah la lama tak menghirup udara segar nih..nak harap udara kat PJ uh? Harammmmm

Pergi lah kami dalam 6 orang ke air terjun tersebut..for your information, aku nih memang kurang skit ngan air terjun nih..aku lagi prefer air laut..mana taknya, sejuk macam sial je. Aku memang mandi skit jela pagi tuh..haha..dalam kul 11.30 balik la kami.

Aktiviti petang pun mantap derr..main WAU..haha. it’s been a while dah aku tak main permainan nih..kecik kecik dulu selalu gak. Aku pun tak tahu apa yang seronoknya main wau nih. Tapi korang kena cuba. Seriously! Maybe part yang seronok masa menaikkan wau tu kot. Bila dah naik tu perggghh feel dia best kot. Bila main tarik tarik tali ngan angin tu layan der..tapi kalau korang nak suruh aku buat, haram aku tak reti..hahaha

Rumah aku tepi pantai je. Angin kuat. Sebab tu ramai yang main kat sini. Petang tu memang lepak pantai jela sampai maghrib.

Lepas maghrib, aku diundang pulak ke bbq akak angkat aku. Memang best ah balik balik kampong je bnyak je aktiviti best. Aku rasa macam hot je kat sini.haha. akak angkat aku tu umur da 21, dia wat bbq sebab nak celebrate dia pas exam dan nak grade dah tak lama lagi. Btw, mak dia memang sporting pun. Semua kawan aku diajaknya. Haha.

Kawan kawan aku ni lak kalau bab melantak no 1 larh. Kalau ada kenduri jangan jemput diorang taw. Haha. Haram diorang tak menolong pun semalam. Penat penat aku bakar ayam diorang datang makan je. Kurang ajor. Haha. Last last aku makan sisa sisa je. Haha. Takpe takpe aku bukan kebulur pon. :D

Yeah, aku rasa tak lengkap kalau aku tak cerita pasal makcik. Hehe. Sebenarnya before aku naik bas aku pergi hantar dia dulu. Bas dia awal sejam dari aku. I hate to say this but I’m going to miss you makcik. 3 bulan lagi baru jumpa der. Haha. Sedih siot. Sobb sob sob. Nangis aku. Tapi dia janji nak kol kalau da sampai. Tapi tak kedengaran pun.

So aku text sekeping dua. Taknak kol or text dia banyak banyak. Lelaki kena egois. Hahaha. Tapi still tade khabar berita lagi. Ok rilex sebu. Think positive okayh. Fine. Tup tup petang tu dia kol. Wahh, berbunga bunga hati nih. Hahahaha. Sengal. Cakap sekejap je. Kos nya mahal disebabkan line berbeza. Nanti saya tukar line ok makcik. Sabar. Hehe.

So carut banyak banyak pun tak guna. Idea aku sebenarnya mencurah curah sejak balik kampong nih. Tunggu next entry la okayh. Bye. TAMAT

p/s : next aktiviti aku, nak cari kerja part time, kumpul duit skit pastu enjoy!! haha

Thursday, February 24, 2011

main pusat ;D

minggu selepas exam mmg heaven la bg aku..of course everyone does..haha..cuma kali nih banyak skit aktiviti dilakukan geng geng aku..tapi aku tak nak cerita pasal nih...panjang doh..penat haihh..tggu nanti aku ada masa aku amik semua gambar kitorang aku story ok?

dalam vacation(kononnya) kami tu, banyak la gurau senda lepak lepak borak kosong..tapi perbualan ni tak kosong sangat la kan..sebab aku belajar mende baru uh..huhu..tak pernah didengari pun sebelum nih tapi mende ni macam best..MAIN PUSAT! hahahaha

amende yang main pusatnya? tajuk nak suspen je..haha..ni kawan aku yang bagitahu..main pusat boleh tolong lawaskan saluran kencing? wooowww..betul ke? aku pun tak tahu sebab aku tak pernah try..biasanya aku berdehem dehem je kalau nak lawaskan tuh..opsss segan..haha

biasa la orang orang tua zaman dahulu..petuanya bukan main banyak lagi..haha..tapi semua boleh diamalkan kan?selagi tak melanggar peraturan syarak..haha

tapi satu aku nak tanya, mende ni memang orang tak tahu atau aku duk dalam gua batu?haha

so untuk mengkaji kesahihan teori nih, aku plan balik bilik nanti nak try buat..macam mythbuster daa..haha..tapi tup tup sampai bilik tak jadi nak buat..macam geli geli je main pusat..haha..so mitos tetap mitos sampai ke hari nih..

korang try la buat, aku tak menjamin keberkasanan kaedah ini..tapi you got nothing to lose rite?lol

so malam ni aku akan balik terenganu..and I akan rarely online je..well kampung kan?susah dapat tenet..tgk ah kalau aku rajin tulis entry siap siap kat rumah pastu pergi post je kat blogger nih..haha..jangan rindu rindu aku :)

p/s : tapi aku akan rindu makcik :'(

Wednesday, February 23, 2011

Harimau Malaya :D


bermula dengan sembang sembang kosong sambil makan di cafe..akhirnya kami tidak lebat..yeahh Stadium Shah Alam, here we come :)

seperti yang semua orang (Malaysia) tahu..semalam berlangsungnya perlawanan Skuad Olimpik Malaysia lawan Pakistan..dengan semangat Harimau Malaya dalam diri sampailah kami ke stadium tu..huhu..

perjalanan pergi kami (aku, kecik, aben, kat) tak la lancar sangat..pergi ngan kete kakak moi..kete tade problem maa..tapi sistem GPS kami yang problem besar..haha..well masing masing duk luar KL..haram ah nak ingat jalan kat sini..haha

korang bayangkan pusing tol yang sama 2 kali..sampai brader yang jaga tol tu cakap "eh, macam kenal je?" haha..sumpah segan gila kot..nasib baik dia jenis yang tak bantai gelak besar besar, kalau tak dia yang dibantai oleh kami satgi..lol

setelah pusing pusing bandar shah alam tu, kami decide ikut arah angin jela(yang ni menipu)..and then sampai sudah..seperti dijangka parking penuh cam haram =,=..so kami park jela mana mana..haha

jarum jam tunjuk kul 9.50 pm dah..jadahnya masuk lambat?second half pun da start nih..haihh..dalam hati aku 'kalau masuk kena bayar memang palat jugak ah'..tapi nasib kami baik..setelah mencapub pakcik yang jaga pintu tu..mat Indon kalo tak silap aku..akhirnya dapat masuk free..haha..jimat myfulus!!!

masuk masuk tgk da 15 minit 2nd half start..tapi takpe, layan jela :)

nampak macam nasib kami agak baik..masuk masuk ada sit kosong untuk kami..haha..terus duduk and enjoy the game..seperti biasa bunyi vuvuzela(macam mana ejanya ntah)kedengaran..macam da world cup aku rasa..hhaha..penyokong?agak ramai ah..tapi still tak penuh stadium pun..of course la masing masing pakai jersi Malaysia..kami?semua pakai baju biasa..tak sempat nak beli tadi(padahal duit kering)hahahah :D

kalau nak cakap pasal game, of course la kami da tertinggal banyak..dah la datang lambat, tengok tengok dah 2-0 malaysia lead..tak sempat nak tengok camne gol terhasil..haha..tapi Pakistan is piece of cake jela untuk Malaysia!haha..kerek kerek :D





penyokong memang majoriti rakyat Malaysia la..ada la 2-3 kerat Pakistanese kot..aku pun tak nampak..memandai je..haha..masing masing bersorak ngan semangat sekali diikuti bunyi vuvuzela haram tu..tapi aku senyap je..try to keep my cool..haha..tapi Alahamdulillah tiada kejadian tak diingini berlaku seperti pancaran lazer ke..mercun ke..seks bebas ke..pembuangan bayi ke..haha..(yang belakang uh nak wat sedap ayat) :p peace Malaysia peace !

tapi yang tak seronok mata memandang skit game belum habis lagi ramai fan da balik..memang la kalu dilogikkan akal fikiran mereka maybe nak elak jalan jam kot ke apa apa alasan lagi lah..tapi at least stay ah sampai wisel penamat dulu..tunjuk yang kita sokong negara kita nih..semangat patriotik skit brader :)




pritttttttt pritttttttttt prhittttttttt(pengadil offkey..hahaha)wisel penamat berbunyi..keputusan muktamad Malaysia 2 Pakistan 0..seperti dijangka dengan mudah kita menang..syabas Malaysia..harap ni dapat jadi titik permulaan kebangkitan arena bola sepak tanah air..syabas juga kepada penjaga gol yang top sekarang tu kerana telah diberi kepercayaan sebagai kapten malam nih..huhu

bila game dah habis tu, ramai la yang berpusu pusu keluar..tapi ramai jugak yang stay dulu..amik kesempatan nak bergambar sakan kat stadium..konferm konferm bukak facebook, profile picture mesti gambar kat stadium sekor sekor nih..'aku la yang datang stadium tgk Malaysia lawan' dengan bangganya..haha

kami pun tak lepaskan peluang bergambar..haha..bajet handsome..pastu terus bla..jalan masa balik tu jangan cakap ah jamnya..haha..kuar kuar dari jam lahanat tu kami terus gerak uptown ..lapar katanya mereka..barang barang banyak yang diusyar yang boleh dibeli..tapi save duit skit!!hari ni plan lagi mantap doh!!!haha

apa sengal aku wat entry letak gambar aku banyak banyak?haha..kalo korang tgk entry sebelum ni mana ada..tapi aku tgk orang lain letak gambar mereka sendiri macam best je..well publisiti murahan..hahahaha..tapi kamera tak cun ah malam tadi..pakai phone je..tak prepare awal awal..lain kali kita kasi mantop nye okayh..dah dah enough mencarut!!! TAMAT

p/s : hari ni i miss my makcik..sempat gayut jap je masa aku kat uptown..tak mau kaco dia study..chaiyok chaiyok ;D

Tuesday, February 22, 2011

10 perkara yang paling aku benci : anoyying things !


aku tulis entry ni awal skit..biasa waktu subuh baru aku tulis tapi malam ni makcik tak online dan aku pun tak mengharapkan dia online coz biar dia focus study okayh..good luck yep:)

kalau korang tengok kat graph bawah tu..hari ni pengunjung blog ni berkurangan mendadak..kenapa jadi macam tu?sebab aku tak promote langsung hari nih..saja je nak tengok aku ada pembaca setia tak..tapi Alhamdulillah ada jugak skit..aku search google apa yang membuatkan blog anda menarik..guess what?teknik listing akan menarik perhatian pembaca dan korang ni suka kalau aku bagi tahu rahsia aku kan?haha

so kali nih aku akan praktikkan cara ini dalam entry kali nih..so sit back and enjoy:)

10 perkara yang aku benci : anoyying things

1. Bila aku nak recall balik memori aku but it doesn't ring a bell ! yang ni aku paling menyampah, especially bila nak cari barang yang misplace..macam sial je feeling dia..urghhh


2. Bila earphone mp3 aku sound dia pecah ! dalam setahun berapa kali tukar daa..aku ni memang kalau dengar lagu teliti betul weyh..so sound yang tak berkualiti will spoil my mood completely !

3. Bila bukak facebook tiada notification ! kalau ni jadi kat aku, aku rasa loser giler ah..tapi jarang ah kalau takde tu..biasa penuh je..haha


4. Bila aku pakai skinny jeans pastu masa tu la dia nak melepas ! aku ni jenis kalau nak ehem-ehem tu bukak habis seluar semua..so kalau aku tengah pakai skinny tu pastu perut meragam pulak memang macam palat ah nak bukak skinny kasut semua..penat haihh..especially bila kuar jalan2 or shopping..haha

5. Bila sistem kumbahan tak stabil di tengah2 highway dalam bas awam ! yang ni sekali je kot penah jadi kat aku..bayangkan tengah sejuk dan aku pulak silap pergi minum air banyak banyak..tengah highway bhaii, hutan rimba kiri kanan kau takkan nak suruh driver bas stop pulak..muka aku tak setebal tuh..haha..masa tu korang akan fikir kalau kencing dalam botol melimpah tak nanti? :D

6. Bila cakap ngan orang yang tengah main DOTA ! macam cakap ngan spender korang taw tak? haram la kalu diorang nak pedulikan korang..kalau tak caya try laa..haha..untuk awek awek, kalau boyfriend korang reply your mesej time diorang ngah main DOTA..tu cinta sejati la nampaknya..hahahaha

7. Bila duit syiling kena telan ngan vending machine or etc ! yang ni aku paling panas..cuba korang bayang penat lelah cari duit syiling plus tengah dahaga gila babeng, duit ko kena telan air tak keluar..tak ke rasa nak pecahkan je kotak mesin tuh..angkut semua air dan duit..padan muka! haha..mesin basuh pun sama..kita da masukkan air ngan sabun skali dalam baju pastu mesin tak hidup, kena basuh tangan baju banyak2? wtf?? urghhhh

8. Bila sangkut dalam pengangkutan awam yang lembab dan sesak ! dah la lembab pastu dikerumuni ngan mereka yang memiliki bau yang sangat 'wangi'..urghhh..well sebu..buat sendiri la lain kali..haha :D

9. Bila kita topup diorang terus potong kredit untuk sos topup ! yang ni tak leh bla..kalau masa tu topup banyak takpe lah..kalau 3 hinggit je camne? tak ke tinggal 50 sen je? tak berperikemanusiaan mereka nih..awas! amalan riba haram !!!! haha

10. Bila janji ngan orang Melayu ! haram tak pernah tepati masa kan? patut la sampai ada pepatah 'janji Melayu' ..padahal aku pun Melayu :)hehe

actually banyak lagi nak list, tapi tak terrecall pulak..hehe..aku pun pretty damn sure korang pun tak suka bende bende jadi kat korang an?haha..kalau ada lagi korang rasa aku tak list leave kat komen sini eh :) TAMAT

p/s : hell yeah korang dah tahu apa yang aku tak suka kan? so jangan buat lagi kat aku..haha :D

Monday, February 21, 2011

ulat buku..

seperti biasa hobi aku di pagi hari..buat new entry! haha..skang pukul 04.07 pagi..baru lepas mandi selepas main futsal..huhu..actually aku penat nih..tapi makcik ajak online pastu aku on jela..tapi sampai sekarang dia tak nampak batang hidung lagi..so aku amik kesempatan nak start tulis dulu..huhu :)

so peribahasa hari nih..ULAT BUKU..nape orang panggil orang yang rajin baca buku ulat buku?apa kaitan ulat ngan buku?ada ulat yang memang rajin baca buku ke?haha..aku pun tak tahu..bahasa nenek moyang kita misteri doh..tapi nice..really nice :)

tapi hari ni aku bukan nak cerita pasal aku rajin baca buku..haram ah kalau aku rajin baca..bukan sebu tuh..haha..well semua guys yang normal macam tu kot..gurls je yang rajin baca an?hehe..pandai pandai je aku nih :D

sebenarnya aku nak cerita pasal buku yang aku baca mengikut peringkat umur..dari kecik sampai besar..haha.so sit back and enjoy :)

buku cerita dongeng yang tulisan dia bapak besar besar ~
haha..time ni mula mula pandai baca..semua mangat nak baca mende mende macam nih..kalo p kedai buku..memang paksa jugak parent beli sehelai dua..haha..
aku ingat lagi masa arwah ayah aku tengah baca surat khabar..aku try la baca..tapi aku hairan kenapa 'a' dia lain ngan yang aku belajar kat skola tu..kan kan?cube korang perhati betul2..kita x guna 'a' format Times New Roman masa kita tulis kan?haha


buku teks skolah~
masa skola rendah amik kau..beg sekor sekor kalau tak berat mereka 1 tan haram..haha..banyaknye bukan main sebab kita bawak balik ulang alik kan?malam malam sebelum tidur dah kena susun buku ikut jadual..haha..aku yang pergi skola dulu naik basikal memang terseksa pinggang nih..tapi takpe..ini menyebabkan aku jadi tough..(sampai sekarang)hoho
tapi masa skola menengah beban dah kurang sama skali..buku buku tu tinggal dalam loker kat kelas je..kalau bawak balik bilik pun homework jela..haha..sistem ini patut dipraktikkan masa skola rendah doh..kesian dak dak kecik nih galas beg beg berat nih..haihh -_-'
tapi satu je aku tak puas hati..buku teks pendidikan Jasmani dan Kesihatan tak pernah bukak pun sepanjang aku belajar kat skola..haha..memang bersih dan clean ah boleh katakan..watpe diorang kasi kalau tak guna..kang kalau hilang suruh ganti pulak..damn gedix kementerian..haha


komik komik dragon ball or etc~
yeah masa ni skola rendah jugak..member aku yang kenalkan komik komik nih..masa tu tengah top cerita dragon ball..memang tak pernah miss ah setiap pagi sabtu tu kat tv..haha..tapi bila dah tersangap lebih tu mesti kena baca komik jugak..haha..ulang banyak banyak kali bhai..haha
time tuh sume hitam putih je..tapi still layan :D







majalah ujang~
haha..ujang ni dipenuhi lawak2 bodoh je..tapi biasa la budak2 an?x mumayyiz lagi..memang suka ah majalah nih..haha..tapi aku jarang beli..kalau beli pun time dekat raya sebab diorang akan keluarkan edisi yang tebal skit..extra..lagi berbaloi beli time nih..haha :D







buku sifir dan exercise matematik~
skola rendah dulu memang subjek favourite nih..memang highest dalam skola tiap tahun..haha..sebab minat aku beli ah buku latihan nih..pau mak aku skit..masa tu ada macam ada sale kat skola..biasa la kan?aku da lupa apa nama dia..tapi masa tu aku darjah 4...yang buku aku duk beli tu darjah 5 dan 6 pnye..so amik kau..pening terus bila bukak..so what happen?memang la kosong bersih je buku tu..huhu..then kena marah ngan mak aku..padan muka..haha :D

buku gempak utopia hype or etc~
haha..ni time skola menengah dah..korang mesti pernah baca all of these an?hehe..yang ni ada komik yang da berkaler dan sedikit hiburan ringan..yang ni menepati citarasa dak remaja la time tuh..haha..kalau outing je mesti cari edition yang latest..kalau tade duit..pinjam jela..haha..yang bestnya..diorang ada poster free..kalau menarik memang aku amik tampal kat loker or meja kelas aku lah..haha






buku mastika~
yang ni nak cerita cerita misteri je..bagi aku diorang ni lebat je lebih..kalau aku baca pun part part senyum pisang atau info info pelik yang diorang kasi..haha..my komen: trully melembabkan otak orang Melayu coz nak terperuk dalam kisah kisah mistik je..tulah orang Melayu..bila nak maju?






Krekko~
yang ni menjadi favourite di kalangan rakan rakan ku..aku pon tak tahu apa yang bestnya pasal majalah nih..ada banyak cerita kartun dalam tu..tapi aku tak pernah beli pun..kalau baca pun pasal cerita eyeshield 21 ngan naruto je..yang tu je best kot pasal diorang..hahaha








Maskulin or etc~
bila da rasa cukup dewasa..nah..ini jadi bahan bacaan aku..haha..tapi jarang jugak baca..ni untuk orang dah cukup besar la kan..da kahwin atau ingin kahwin atau bekerjaya..aku baca suka suka je..fakta fakta yang banyak menolong diri ini..haha..






buku buku ilmiah di universiti~
gedabak besar sekor sekor!haha..memang tak ah kalau aku nak pinjam kat UIA nye library tuh..hhaa..assignment pun tak berat sangat sekarang nih..maybe buat degree nanti pakai la diorang kot!haha

majalah Playboy or etc~
tak pernah baca..korang ada? pinjam!! hahaha

majalah keagamaan~
belum dapat hidayah lagi..tapi sekarang pun da start berjinak jinak :)


konklusinya..aku rasa korang pun baca mende sama gak ngan aku an?boys la..kalau gurl lak aku tak tahu..majalah mangga?gosip2 pasal artis paling penting rite?haha..bila nak kahwin baru la gelabah cari buku buku pasal masak masak nih..hahaha


semua perkara diatas adalah agak benar..tiada kaitan dengan yang hidup mahupun mati..haha..sorry kalau terkasar bahasa..

last skali remember this, YOU ARE WHAT YOU READ!.so baca la mende mende yang berfaedah okayh..yang majalah last skali tu aku gurau je..hehe..peace no war :)

p/s : selepas perenggan pendahuluan tuh, makcik online dan sambung dating ngan dia until kul brape ntah..haha..after dia off aku start balik :)

Sunday, February 20, 2011

gentleman?


nah..hari ni kind of weird for me..tak tahu kenapa..tapi lepas dinner semalam, i take a nap..then amik ko..kul 1.00 baru bangun..pastu sampai ke pagi aku tak tido..haha..semalaman ketidaktiduran aku dipenuhi dengan aktiviti bermovie moviean..nak main futsal tade orang coz pagi ni ramai yang exam..haha..so aku pun buka lap top seperti biasa dan buka facebook..and then baru aku terealize makcik tu pun ada exam pagi nih..so dia tak online pastu tade online dating hari nih..hummhh..

setelah kebosanan aku pun membuka list list movie yang ada dalam lap top nih..tup2 ternampak cerita Chuck..haha..layan Chuck season 3 sampai lebam..haha..bila matahari dah terbit tuh..kawan kawan pun bangun dan terus pergi breakfast ngan diorang..lepas lepas breakfast bajet nak wat taik mata sat..tapi teringat hari ni tade entry baru lagi..macam mana nanti pembaca setia aku yang mengharapkan entry baru?mesti hampa perasaan diorang..haha..bajet ada pulak pembaca setia ko!!sengal..

actually aku da kebuntuan idea nak tulis pasal apa..suddenly teringat pulak kat cik Nazurah (bukan nama sebenar) mencadangkan 1 idea yang bernas..dia suruh aku tulis pasal ni sebab baru ternampak golongan sedemikian di UIA nih..haha..so aku fikir why not?aku pon ada byk cerita pasal golongan sedemikian..haha

so relate ngan tajuk aku tuh..gentleman?haha..apa maksudnye?bagi aku gentle mksud dia lembut..man lelaki..pastu lelaki lembut la jadinya kan?hahah..(ni yang susah bila lemah english, main taram je bahasa nih) sebenarnya aku pun tak tahu maksud lelaki lembut..boleh jugak jadi bapuk and sometimes be shemale?hah? wtf? haha..tapi lepas digoogle translatekan mereka menjadi transsexual..owh now i know :)

so for this entry I'm going to be completely honest and aku akan cakap direct je..sebab aku tak pandai cakap lapik lapik sangat..haha..sorry kalian..tapi kedirectan aku mungkin menyebabkan sesape saja yang bacanya dapat rasa pedas?u guys know what i mean..haha :D

so far, in my life I've found a lot of 'them'..mana mana je pergi mesti nampak diorang doh..da naik tension aku..please leave me alone..-_-'..ayat macam benci sangat kat diorang kan?hhaha..MEMANG PON!!!actually there's a reason why I shouldn't hate them..but thousand reason I should too!!!

'KALAU DUNIA NI KIAMAT AWAL..KORANG LA SALAH SATU PUNCANYA!' terpacul dari mulut aku kata kata yang pedas itu..

yelah kan?tanda tanda awal kiamat..lelaki mnyerupai wanita?

"kenapa kau benci diorang? dah memang naluri diorang macam tu..nak wat camne der? "kata seorang taulan..

yes maybe diorang dilahirkan sebegitu rupa..no doubt..tapi gaya mereka yang melampau lampau membuatkan aku menyampah..seriously doh..ada yang gaya mengalahkan perempuan perempuan hot kat dunia nih..wth? nak muntah aku..ada aje member aku yang berperangai lembut tapi dia tak menyerupai golongan perempuan okayh..so aku anggap dia sebagai seorang yang yang sopan..boleh je aku hidup ngan diorang..respect lagi diorang nih :D

"ape reason ko benci diorang? cuba ang habaq kat cek sat.."kata seorang lagi teman den

yeah..banyak sebab..tapi aku cerita apa yang pernah aku alami je okayh..firstly, masa aku form 2..hell yeah skola aku lelaki semua..tapi bukan semua LELAKI sejati..haha..masa tu dalam kelas, aku dan dianggotai beberapa rakan lain telah bersepakat untuk menyelongkar barang milik seorang nyah junior nih..perangai macam sial time tuh main selongkar selongkar..haha..pastu kami jumpe sebuah buku log yang dijadikan diari maybe..pastu kami bukak lah..guess apa kami jumpe..dipenuhi gambar gambar model model lelaki tough berseluar dalam bagai..semua dipotong kemas dari majalah apa entah..and then I was like..hell no!!apa lancau diorang nih..sampai macam tu skali ke?adakah ini membawa maksud semua bapuk adalah gay?seriously you guys (gurls) freak me out ..urghh -_-'

and then ada mende lagi best..masa tu dah form 4..selongkar lagi..still perangai cam sial walaupon da tua skit..haha..kali ni terjumpa wallet pulak..eh eh silap..purse la..of course la..diorang kan girl..haha..butoh hang bapuk..and kali ni jumpa lagi..jumpa apa pulak? hahhh..dipenuhi gambar gambar dak dak handsome or jambu skola aku la..budak budak hot stuff la katakn..haha..tak tahu la diorang angkut mana kan..entah entah malam malam pun duk raba raba..haaaaa..HARAM !!

"kalau korang hot macam jessica alba ke macam lisa surihani ke takpe jugak!" ni semua cam sial buruk..haha kurang ajar..



and then of course la diorang hidup berpuak puak an? yang ni aku cukup menyampah..boleh pulak time skolah dulu diorang pakat pindah satu bilik?cube korang bayangkan bila diorang da ramai..of course la diorang berani wat havoc skit..nasib baik bukan kat floor aku..kalau tak da kena lempang sekor sekor..haha..yang bestnya kitorang ada kasi nama mantapnya untuk aras tu..koridor Haji Taib! hahaha..macam sial..

kalau nak diceritakn aktiviti aktiviti diorang ni, sampai lebam la jawabnya..haha..so aku pendekkan jela..tapi aku terfikir satu perkara..adakah rakan rakan aku yang sesat nih akan mengakhiri hayatnya di lorong lorong haji taib atau sebagainya?mandaptkan pembedahan untuk manjadikan mereka wanita sepenuhnya?harap harap tak lah ye..kang nanti da jadi macam tu, pastu tegur aku..memang haram ah aku nak wat reunion ngan korang masa tuh..haha


so aku pon tak pandai nak nasihat orang jenis ni sebenarnya..kalau korang pernah tengok cerita Sutun kat tv tuh..which I assume confirm pernah punya..ambil la pengajaran dari cerita tuh okayh..padahal aku tak pernah tengok sangat pun..haha..pandai pandai je :p

akhir skali aku nak mintak maaf kalau terkasar bahasa taw..dan aku tak menuding jari kepada sesape eh..sape terasa sorry..mohon ampun hujung rambut hingga hujung kaki :)

p/s : kalau korang ada a little dirty secret book or etc..jauhkan dari aku..nanti korang segan lak kalau da kantoi..haha :)

Friday, February 18, 2011

penangan Ilmu Hitam !


okayh..kali aku nak share something ngan pembaca blog aku nih..ini perkara sebenar yang berlaku pada aku dalam masa terdekat nih..aku tak tahu apa lagi yang harus kubuat..oh Tuhan..tolonglah hambaMu yang lemah ini =.="

macam sial tajuk ngan mukadimah ko Sebu..nak suspen je..haha..padahal tade pape pun yang menggunakan ilmu hitam bantuan syaitan lahanat tu..haha..actually hari ni nih aku nak share something yang bagi aku teramat awesome..dari mana dapat idea entah pencipta bende nih..haha..kalau dia cakap dia guna Ilmu Hitam pun boleh caya nih..macam mana dia tahu?try baca nih :

i may not know you but i know 10 facts about you...
1. You are reading this.
2. You can't say M without touching your lips
3. You just tried it
4. You just smiled or laughed.
...6. You are a boy/girl.
7. You didnt realize I skipped 5.
8. You are looking back at 4 and 6.
9. You laughed/smiled
10. You are thinking how did she/he know them facts!?!!?!?!?!?!?
:) see im just soo cleaver ;)

tengok! korang pon dah terkena kan?haha..macam aku jugak la..tengah tersengih sekor sekor masa nih..jangan nak segan..semua orang sama je :D

aku bukan david cooperfield, bukan juga david blaine, mahupun chris angel..geng geng nih aku tak tahu la guna kuasa apa..haha..tapi ilmu haram di sisi islam..don't fuck with that...haha..part silap mata takpe..memang salah mata ko la..sape suruh silap..lol :D TAMAT

p/s : ada makcik post kat wall facebook aku..copy past je ayat tengah tu..Hak Cipta Tak Terpelihara sangat la kan?haha..btw kalau korang ada sumthing yang macam nih..jangan segan segan nak share ngan aku :)

zaman seluar getah !


yeahh..subuh tadi aku tak menulis..rasa sangap la pulak..haha..sorry kepada peminat peminat setia yang meninggu entry baru dari aku tuh(macam ada peminat je kan?)pagi tadi aku layan cerita sepam dua dulu..chuck season 3..da tengok?terbaik doh..yang tade nanti mintak kat aku..free of charge..ahaha

kesangapan telah membuatkan aku rasa ingin menulis..tapi seriously takde idea der..aku tak la kreatif sangat sampai nak wat new entry yang menarik everyday..hehe..tapi still aku nak menulis..macam mana tuh?so aku tulis la kat facebook aku tanya pasal suggestion for new entry..ada la orang suruh tulis pasal awek aku..wtf??aku takde awek..takde ilham untuk menulis perihal sedemikian..haha..satu lagi suruh tulis pasal zaman budak kecik..haaaaaa..ini yang kita cari cari..nice one cik akak punye idea :)

so aku pun mula la recall balik memori memori kanak kanak aku dulu..tapi setelah aku kol beberapa kali tak semua yang answer my call..haha..tapi seriously banyak mende kalo nak cerita semua doh..so aku make it simple dengan klasifikasikan diorang kepada beberapa zaman..hehe..so macam biasa..sit back and enjoy :)

Kisah Pengembaraan Budak Kecik Dari 5-12 tahun :

zaman main guli ~
semua budak budak di kampung biasa main permainan ni of course..for those who live in bandar..aku tak konfem..haha..kitorang 1 geng memang terbaik la zaman tuh..dengan berbekalkan sedikit je bilangan guli..(masa tu seposen boleh dapat 3-4 biji)kitorang da boleh kaut semua guli pihak kawan..apa lagi bila guli da banyak..nak simpan tak guna jugak..so kitorang decide nak jual kat budak budak tu balik..haha..beli main kalah beli main kalah beli lagi..tak ke kaya kami masa tu?haha..sampai la ada sorang budak nih..da tension kalah nak curi guli kitorang..disebabkan dia lagi muda dari kami so apa lagi..letak la penumbuk beberapa bijik..tapi masa tu jugak bapak dia entah macam mana tetiba muncul..pastu jerit kuat gler..apa lagi semua lari bertempiaran la..tak ingat dunia dah masa tu..cuak bhaaii kalau kalau kami pulak yang dilempang bapak beliau..hahaha..guess what..hasil jualan guli membolehkan kami membeli bola sepak sebijik..masykur masykur :)

zaman bola sepak~
yeahh..bila da dapat bola hasil jualan guli..baru la start mnyepak nyepak nih..hehe..terpacaklah tiang tiang gol di padang depan rumah kami..tiap tiap petang kalo tak main tak sah..kaki ayam je..balik rumah tu memang kena berus kuat kuat la kaki tuh..haha..lupa nak cakap..tiang tiang tadi mengadap rumah makcik nih..memang la kalau terover dose kuasa sepakan tu kenalah atap zink rumah dia..pastu tahan telinga jela kami nih..hahaha..kami bolehlah dikatakn power jugak kat kampung tu..bila kampung lain ajak lawan kami on..biasanye akan ada tahap umur baru boleh main..pastu betting 50 sen 1 kepala..kalau menang tersengih sengih sekor sekor pergi pasar malam..kalau kalah mesti kena ajak repeat pnye..haha..macam celaka kecik kecik da makan duit judi..:D

zaman aktiviti laut~
setelah penat berbola sepak..kita kasi fresh skit..ape lagi, terjun laut lah..haha..for your information rumah aku nih memang dekat sangat ngan laut..dalam 100 meter da sampai dah..huhu..memang kalau tgh bosan tuh..laut china selatan ni lah jadi tumpuan me and the gang..kitorang tak semestinya mandi je..memancing pon ada jugak..tapi biasa la..masa tu mana lepas lesen lagi..our parent of course la tak kasi main jauh jauh..apatah lagi laut..risau takut takut lemas ke apa ke..sayang jugak kat kami nih..hehe..so apa lagi, kalo da lepas mandi laut tu, memang berjemur bagi kering kaw kaw la taknak kantoi punye pasal..balik rumah muka innocent je sekor sekor :D hahaaha


zaman pistol senapang perang perang ~
pada awalnya, kerana duit poket pon tak tebal sangat memang duk ukir kayu kayu jela jadi senapang..pastu guna konsep getah lastik burung tuh jadilah senapang mantap..haha..dulu semangat patriotik tinggi..siap nyanyi lagu 'inilah barisan kita lagi' (yang ni tipu)haha..guna peluru batu..nah amik ko sebu lebam bijik mata kau..haha..sakit doh,,sumpah..mak tanya nape?jatuh main bola..hadoiii rasa bersalah menipu mak..-_-" sorry ibunda :) pastu moden skit dan duit hasil kumpul da tebal skit, belilah pistol manik yang orang duk buat tembak cicak tu..kurang bahaya skit..tapi kalau kena mata buta jugak..dah diharamkan di Malaysia kalau tak silap aku..sempat jugak aku merasa dulu :D

zaman basikal~
hahaha..yang ni semua pernah dilalui zaman lelaki sejati..yang tak pernah memang truly noob la wa cakap lu..haha..dulu time skola masing masing nak hias basikal masing masing..tambah tulah nilah..sembur kaler tulah nilah..macam macam aksesori ada dipasang..tapi awas!kalau basikal aksesori cantik cantik..jangan bawak p skolah..konfem diangkut manusia durjana..haha..tapi bukan aku lah..basikal aku simple je der..aku pentingkan speed je..kalo boleh spoket belakang tuh nak sekecik kecik kuman..baru lagi laju :D hahaha

zaman lumba-lumba ~
ni bukan nak cerita pasal lumba basikal tuh..walaupon aku sememangnya laju..haha..ni cerita pasal kereta kecik kecik yang dibuat lumba tuh..huhu..mula mula pakai deshukuro(macam mana ntah nak ejanya)yang ni beli kete murah je..pasang sendiri..pastu baru modifi sket sket..tukar tayar tukar enjin..kalau nak enjin yang tip-top..mau 4-5 kali ganda harga dia..haha..pastu tiba la pulak kete control..besar skit size dye..yang ni aku tak mampu beli sendiri..dulu mula mula keluar mau beratus harga mereka..apa lagi..pau abang aku larh..kebetulan pulak dia minat lumba lumba kereta nih(kete betul la i means)..dapat la sebijik yang ah mantap pnye..apa lagi menunjuk 1 kampung la kete aku laju..hahaha


zaman cinta cimpanze~
hahaha..aku taknak guna monyet takut kawan aku terasa..orang panggil dia nyet..hahaha..sorry weyh..haha..part nih segan segan skit nak cerita..alah zaman zaman kanak kanak kan?so aku tebalkan muka terus bercerita...haha..my 1st crush..awek ni muda setahun dari aku..dah lupa masa darjah bape aku start usyar dia..tapi kalau malam terawikh tuh tiap tiap malam duk nyakat dia..cantik..mana taknya, kacukan bhai..haha..tapi cinta ditolak..kecewa doh..but we still friend until now and dia sorang je yang panggil aku Has sampai sekarang..wheeee..and then aku darjah 6..masa ni diberi mandat sebagai ketua pengawas merangkap ketua pelajar merangkap presiden pengakap..apa lagi, kira hotstuff la jugak dulu..haha sengal..ramai la yang datang menjenguk hati kecil nih..tapi dalam ramai ramai aku sangkut ngan sorang awek nih..cantik manis dan lovely la katakan..hehe..but kami tak lama sebab aku dapat masuk ssas yang jauh naharam tuh pastu tak contact sangat dah..pastu habis..damn rugi lak aku rasa..haha -_-"


sebenarnya kalau nak cerita pasal zaman kanak kanak nih memang takkan habis..aku pick yang aku ingat je nih..kalau aku ingat lagi aku tulis okayh..damn I miss the good old days :( senang-senang korang tulis la pasal korang pulak ye..hehe..aku nak chow dulu coz da dekat kul 2 nih..ada date kat facebook..haha :)

p/s : panjang sangat entry nih..rajin rajin la korang baca ye..berbaloi baloi :)

Thursday, February 17, 2011

nama NICK :)


yeahh untuk entry kali nih aku telah buat research terlebih dahulu..baru je tadi aku google nama NICK nih..haha..teka ape yang keluar dulu kat screen lap top aku nih?haha bila tekan web tup tup kuar web pasal kartun tu dulu, NICKeledeon ..haha..rupanya tade orang yang begitu famous bernama nick nih..tapi bila aku search gambar..baru la kuar gambar artis ni sorang..Nick Jonas..kepada gurl gurl out there konfem kenal..guys kalau kenal jugak gay lah tu namanya..hahaha..fine.tak lawak..nick jonas nih kumpulan jonas brother tu lah..ramai orang kenal kot..lagu diorang pun not bad lah..tapi disebabkan diorang bertiga ni tergolong dalam kategori mat mat jambu macam Justin Bieber tuh, ramai la kaum kaum lelaki f**k diorang..mana taknya..dah semua girlfriend diorang fanatik ngan golongan macam tuh..jelez la agaknya..tapi ingat..jelez means sayang taw :)

okok..entry kali nih bukan nak cerita pasal sesiapa pun yang bernama Nick tu..jadahnya nak cerita pasal Nick Jonas nih..gay ke apa?haha..actually Nick yang aku maksudkan disini ialah NICKNAME..haha..bile di Melayukan jadi nama singkatan..ble combine Melayu dan English jadilah nama Nick..hahaha..sengal -_-'

so aku believe setiap manusia di muka bumi nih ada nama sendiri kan?tak kesah la share nama yang sama dengan certain certain orang kan?manusia tak begitu kreatif untuk mencipta begitu banyak nama untuk membezakan semua nama di muka bumi ini..disinilah part kita kagum dengan kebesaran Allah SWT yang mencipta manusia dengan berlainan cap jari..berbilion bilion orang di muka bumi nih dan semuanya lain lain bhaii..fikirkan macam mana nak buat tuh..Alhamdulillah insaf sekejap..hehe :)

tapi apa yang aku nak bincangkan disini ialah pasal nama singkatan atau nama manja atau nama timangan atau apa apa saja yang korang nak panggil okayh..aku tak halang korang..haha..so i think everyone should have their own nickname instead of real name..barulah cool der..huhu..macam aku sendiri..my friend call me Sebu..which i think it's cool..susah nak cari orang nama macam nih..hehe..tapi bila orang tnye aku nape sebu doh? bukan maksudnye perut yang penuh berisi ke?haha..so aku jawab senang je..isn't cool babe?haha..hell yeah i'm cool :)tapi kat rumah family aku panggil Pok :) bukan sebab apa..aku da ada 11 orang anak buah..yang paling tua muda setahun je dari aku..haha..ramai gler an? kalo aku da keje nanti mampos kena pau ngan diorang..ni tak kira duit raya lagi nih..haha :D..tapi takpe, aku sayang diorang :)

ok stop mencarut pasal diri aku..next aku nak cerita pasal my geng geng..hehe..disini aku golongkan kepada beberapa kategori okayh..so sit back and enjoy :)

nama penuh ~
yang ni biasa la kan?tapi bagi aku hidup diorang agak bosan lah..macam tak cool skit and tak menarik..but what's wrong with fullname?eh..aku tak cakap pun salah bahkan bagus la apabila ia menunjukkan kita menghargai nama yang parent kita kasi..hehe..pandai jaa..jangan marah naa :)

nama keturunan ~
haha..yang ni biasa berlaku kan? bila nama parent atau nenek datuk kita unik unik skit..start la suara suara sumbang memanggil kita dengan nama yang sama..sial doh diorang nih..dah nama orang orang zaman dulu memang banyak yang unik skit takyah lah nak memperlekehkan ok?bagi mereka yang tak kisah tu takpe lah..tapi bagi mereka yang terasa tuh..nak je tumbuk muka yang memanggil nama sedemikian..haramm!!!

nama nak top~
haha yang ni takleh bla..dah nama sebenar tu macam kureng skit..tak payah la nak top sangat kan?haha..contoh macam rogayah..boleh pulak suh orang panggil rock?salmiyah jadi sally..haram jadah,,haha..korang fikir2kan lah ok..kalau korang tergolong dalam kategori nih..tukar tukar la okayh..kerana konpom2 ramai suara sumbang belakang anda..hahahaha

nama sifat-sifat diri~

haha..taknak bagi contoh banyak banyak..semua ada di depan diri korang masing masing..haha..contoh macam orang yang berkulit agak gelap..hitam, kicap konfom melekat kat diri diorang..haha..bile badan besar skit..moque, boyak tayar or etc menjadi priority..kalau nama BOB tu takyah cakap lah..korang pon taw maksudnye kan?gigi susun lain skit jadi terabur, telinga besar skit jadi capang dan macam macam lagi lah..kalo aku nak list semua, esok pon tak habis nih..hahaha


nama binatang binatang~
part nih tak seronok skit mata memandang, otak membaca, kepala memikir..haha..kat skola dulu berlambak nama spesies spesies binatang diberi..dah boleh wat zoo extra kat Putrajaya tu..haha..tapi aku tak nak list la kat sini..kang terasa pastu cari aku..nah buku lima sebijik..parah parah..hahaha :D




ni kalau aku nak terangkan panjang lebar nih, boleh tak muat blog aku nih..haha..so kesimpulannya, ada orang cakap tak baik panggil nama buruk buruk kat orang lain..nanti jadi doa..betul ke?tapi yang aku pelik kat sini..ada orang nama sedap gile..kalah nama ulama' kat arab tuh..tapi perangai naharam jugak.haa macam mana?so korang fikir fikir kan la..aku just cakap je..hehe..tapi aku tak pula menggalakkan memanggil nama yang tak elok pulak..kang tak sedap pulak telinga orang lain mendengar -_-'

apa apa pun panggilan yang diberikan kepada anda..make sure anda suka dan tak menderita kerananya..kalau tak suka tu cakap je kat kawan korang okayh..TAMAT.

p/s : entry ni tiada kaitan dengan yang hidup mahupun sudah tiada..Hak Cipta Terpelihara :)
maaf sape terasa..hehe

realiti atau fantasi?


yeah..aku tengah blur lagi masa tulis nih..roomateku seperti biasa sehati sejiwa dengan game DOTA diorang..cuaca di PJ yang agak atau memang panas tahap urgghhhh..dan udaranya yang memang haram la..owh, aku merindui Terengganu..serius shit!haha..takpe takpe exam aku da nak habis dah nih..dalam 5 hari lagi aku dah boleh balik dah..kepada budak yang habis exam lambat..jangan jeles..hahahaha..bantai gelak kat korang :D ...well Terengganu here I come :)

as regarding ape yang aku cakap tadi, well aku still blur..ni yang aku maksudkan realiti atau fantasi tuh..hehe..tajuk nak suspen je.. "mati mati aku ingat ko nak tulis pasal lagu jiwang karat yang band croosfire tuh..tajuk lagu diorang pon realiti dan fantasi jugak der ! "kata seorang peminat..hahaha

kenapa kau blur sebu?

my answer : untuk pengetahuan korang semua, dalam the past 7 hari..aku dan roomate2 aku da jadi macam musang korang taw..macam kelawar pon boleh..boleh jugak disamakan dengan ghost bird(burung hantu)..kalau dah disamakan dengan menatang menatang nih, ape lagi kesimpulannya? of course la malam tak tido, siang mampos!haha..sebab tu banyak entry aku dibuat pada subuh hari..hehe..bukannya tak nak tukar waktu tido aku, tapi sekarang da susah doh..even kalau aku penat sangat pun, tido kul 2 konfem2 kul 4 terjaga..damn it..haha..bilamana cahaya matahari pun da susah nak dapat sekarang nih, kepala blur la jawabnya -_-

kau buat apa malam-malam tak tido?tak bosan ke?

my answer : never get bored! seriously..haha..ada je aktiviti aku..firstly, of course main futsal meh..badan cergas otak cerdas doh..kan kan kan?baru la boleh belajar nih..tapi kalau ada paper dalam masa terdekat tak turun la aku jawabnye..study study..bagus kan aku?huhu..selain itu, aku juga mengisi masa lapang dengan bermoviean..haha..cerita baru?hantu kak limah balik rumah..nasihat aku, takyah tengok cerita nih..bodoh gler..wat malu Melayu je..adoyaiii..macam haram!!last but not least of course la berfacebooking..layan mafia war ngan poker sepam dua..haha..tapi mana ada dah orang on9 pagi pagi begini..kecuali makcik nih sorang..tak tahu la dia buat ape tido lewat lewat..haha..dah la suka nyakat aku..hari tu dapat gambar hantu..terkejut beruk aku ( punya kawan ).. mana taknya..sorang sorang babe time tuh..haha


kau cakap ada exam..tapi tak tido malam..kalau exam awal pagi macam mana?tak penat ke der?

my answer : tak penat langsung! haha..pale hotak ko!! penat naharam taw tak? macam pagi tadi lah..semalam tak tido pnye pasal nak study..siang tadi amik ko!! exhausted..soalan mudah tak leh kira..otak dah penat..nasib baik mende yang aku belajar semalam aku boleh buat exam math tadi..haha..tak termasuk Arsenal lawan Barcelona okayh..sempat jugak menjenguk mereka di depan kaca tv semalam..haha..so lepas nih aku akan rest la skit before nak exam tuh..baru tak penat dan boleh jawab dengan jayanya..hehe

so apa kaitannya cerita ko nih dengan tajuk entry kau?

my answer : disini lah aku nak cakap apabila waktu tidor dah tak teratur, aku jadi blur..tak taw dah mana 1 yang real mana yang mimpi..haha..kadang kadang tengah mimpi aku rasa real..real macam mimpi..adoyaiiii..ni paling takleh bla..aku even da lupa hari atau tarikh..contoh macam hari nih..aku bajet rabu..baru nak main futsal malam nih sebab dah merdeka 1 paper..tapi baru teringat esok ada comp 1 pnye paper lak..cancel cancel -_-"..so realiti atau fantasi lagi sekarang nih??

in conclusion, aku memang nak tukar balik biological clock nih..i'll try my best manage my time well ok?hehe..orang cakap tido lambat punca jerawat banyak..betul ke tak aku tak tahu..tapi cuak jugak dalam hati nih..huhu..korang jangan jai macam aku okayh..tak elok untuk kesihatan..hehe :)

'ticking clocks would never stops'

so use your time wisely okayh? time wait for no man..hehe

p/s : entry paling lambat aku tulis coz biasa la tulis sambil on9 n then ditegur oleh makcik tersebut..layan chat sebentar..hehe :)

Tuesday, February 15, 2011

ARAB !


ok fine!! terbeliak mata aku just now..bukan apa..sibuk duk usyar orang sebelah pnye jawapan..well test ARAB babe..bukan subjek kegemaran aku doh..so study pon nak tak nak je..gedik la UIA nih..nak paksa orang amik ARAB lah ENGLISH lah..last last aku guna Google Translate jugak an?haha..tapi sape suh ko masuk UIA der..padan muka hang!!

aku rasa 5 jam seminggu yang aku blajar arab tu bazir masa je..haha..apepun trimas kat orang sebelah , Izzat Ikhwan(bukan nama sebenar)..harap harap lulus dah la..watpe nak cemerlang..bukan masuk pointer aku pon..kalo lulus sem depan takyah repeat..save masa wa der..haha :D

bukan taknak fokus der..tapi da banyak sangat bahasa dalam kepala hotak aku nih..dulu skola menengah da 5 tahun belajar bahasa Jepun..nahh amik ko! takleh nak masuk lagi da bahasa lain..ni tak kira bahasa ibunda yang aku blaja dari kecik!! dan juga loghat loghat negeri lain yang aku duk amalkan sejak dari skola menengah dulu lagi..adoyaiii..cramp pale hotak nih.status : MEMORY FULL = please delete some other content..haha..sengal!!

memang la Arab tu bahasa Al-Quran..tak rugi kalo belajar..pandai pulak aku..hehe..tapi pale ni bengap sikit nak absorb bahasa baru..take time der..insyaAllah aku usaha lebih skit pasni okayh :)

so aku pon tak taw nape aku tulis entry nih..lepas lepas je exam terus aku menuju ke cafe beli air sirap limau segelas naik bilik terus bukak lappy usang nih..on9 teros!!haha..tetiba rasa nak luah isi hati yang berkecamuk nih..ceewahhh..haha..bahkan tak sempat lagi bukak baju kemeja yang bertight in kemas dalam seluar aku nih..haha

kesimpulannya..jangan jadi macam aku yang meniru dalam exam..buat sendiri okayh..tak baik main tiru tiru nih..tapi korang boleh tiru part aku bila berusaha bersungguh sungguh nak lulus dalam exam..haha..fine.tak lawak

aku harap aku lulus sahaja..taknak cemerlang cemerlangnya..korang doakan la ya kelulusan aku..haha..dah dah enough mencarut disini..aku nak lelap jap sebelom sambung study untuk paper math esok! takkan math pun nak tiru kot..susah hidop..haha ..wish me luck babe =)

p/s : artikel ditulis ketika aku sedang memakai baju kemeja penuh serta bertight in lagi..aku rasa handsome begini..taknak bukak dah..tido kena handsome jugak -_-'

music in me :)


oittt..sepam lagi der kita berjumpe..haha..actually aku da tido jam 0200 tadi, tapi macam mana ntah boleh terbangun pulak pada jam 0430 nih..pagi nih jam 0900 pulak ada exam arabic pulak..kalau mengantuk nanti macam mana?haaaa..x ke mampos aku..tapi okay jugak sebab membolehkan aku study lebih skit before berperang uh..tapi haram tak study lagi pon nih..haihhh..takpe takpe..aku tulis entry pendek je kali nih..hehe :)

seperti yang korang nampak di blog aku nih..dah ada extra page la sial..haha..pasal quotes ngan music lak tu..huhu..terbaik doh..kepada yang belum usya lagi tuh..take your time okayh..so apa yang aku nak cakap pasal music and me? well macam biasa ..sit back and enjoy :)

my otak said : aku memang fanatik ngan music nih..part of my life doh and i think everyone love music..hanya orang pekak je kot tak layan bunyian bunyian menarik nih..cuma setiap orang ada different taste of music rite?but for me music is universal!! seriously..aku layan sume type of music..memang la pada mulanya aku layan certain certain je..hehe..disebabkan aku boleh la skit skit main gitar dan biasa jamming dengan rakan rakan, even ada band and lagu sendiri dah, so pada mulanya aku layan lagu lagu yang ada bunyi gitar gitar yang best la..biasanya band band la macam nih..jangan terkejut kalau aku cakap aku layan lagu The Strokes hari hari..tak pernah bosan sampai sekarang..diorang memang best kot..try la dengar..hehe..promote promote :)

tapi bila da berkawan ngan orang yang layan taste music yang lain..so secara tak disengajakan aku start layan macam macam jenis lagu..mana taknya hari hari duk dengar diorang pasang lagu yang sama..well music is universal kan?

.
aku boleh nampak jenis-jenis orang dan jenis-jenis music yang diorang layan..contoh macam budak budak kat kampung, member member aku lah..sume layan lagu jiwang jiwang karat nih..biasa la kan..tapi aku tak pulak mengkritik diorang apatah lagi menghalang diorang..aku pun myself akan pilih lagu lagu jiwang nih bila karaoke..lagi best..tangkap leleh bhaii!!haha..bila orang macam duk kat bandar skit, diorang prefer lagu mat salleh la..especially lagu lagu dance nih..apa kurangnye kan..teknologi makin mantap lagu makin best..hoho..pon boleh layan kepala..ahah..bile masuk lak bab orang pandai main gitar or drum of course lah diorang layan lagu lagu berteraskan alat musik diorang..haha..tapi ada jugak orang belajar main gitar just for his girlfriend..sweet gituh..huhu..golongan golongan nih pulak semestinya main lagu sweet sweet gitu untuk girlfriend diorang..respect lu der!!!haha

One good thing about music, when it hits you, you feel no pain


actually kita boleh describe someone by looking at their playlist..haha..boleh ke?korang try la usyar my playlist tuh pastu describe aku..amacam? haha..

so the next persoalan..apa korang bayang bila korang dgr lagu?bagi aku, honestly aku cakap aku akan dengar betul lagu tuh dan cari maksud lirik, beat drum, rythm gitar, lead gitar dan bassnye..bg aku sume melengkapi masing masing..pastu imagine aku perform depan orang ramai..dan harap ramai awek akan cair ngan aku..haha..pengakuan berani mati nih..biasa la rockstar biasa dapat awek hot.hahaha..tapi bila sampai part jiwa aku nak touching start la layan lagu sedih sedih nih..sama la macam korang..jangan nak tipu..haha..tapi nasihat aku jangan lah layan lagu yang akan buat korang lagi sedih kalau mendengarnye..sebaliknya cari la lagu yang akan cheer korang up!!hehe..try lagu hey jude dari the beatles sebagai contoh :)


kalo nak cakap panjang panjang tak guna jugak kalo korang tak faham..sebelum aku teruskan mencarut disini baik aku tutup dulu..hehe..actually aku tengah down malam nih..teramat down..tak taw nape..sape la yang buat macam ni kat aku..tak baik uh..so aku akan turn on my awesome sony mp3 player nih dan layan perasaan di subuh hari nih.. :(

memang da jadi tabiat aku blogging pada waktu subuh nih..so content nye tak padat sangat la disebabkan mata segan segan nak bukak luas2...haha..so korang fikir2kan la sendiri dan selamat beramal :D (macam fadhilah kamsah daaa)

p/s : aku akan upload lagu aku tuh..sabor jela..hehe..btw wish me luck exam pagi nih..zzz *_*

Monday, February 14, 2011

1st opportunities !


oraitttt..bertemu lagi kita pada kali ini..macam rancangan tv la pulak..haha..hari ni aku nak jadi kaunselor skit boleh?aku nak bagi korang 1 ayat nih yang korang boleh jadikan pegangan hidup..actually aku baru lepas main futsal..tapi da mandi okayh..wangi lagi..haha

memandangkan minggu ni semua orang sedang sibuk menduduki exam dan semua tungkus lumus study, korang mesti pelik nape aku sempat lagi main futsal an? "jadahnye mamat nih sempat lagi main futsal tu?" haha..aku main futsal sebab nak cergaskan badan la..kang ada pepatah yang cakap badan cergas otak cerdas..kan kan kan?..so dengan main futsal nih dapat la meningkatkan peredaran oksigen ke otak :) btw, before that aku da study la weyh..hahah

sebelum aku melalut dan mencarut dengan lebih panjang, aku akan go straight to the point..ayat yang aku maksudkan tu ialah 'SENTIASA CETUSKAN PELUANG UNTUK DIRI AKU'..korang faham ke ngan ayat nih?at first aku pun tak faham tapi setelah dikaji selidik dapat la aku wat kesimpulan sendiri..sit back and enjoy.....

my conclusion : ok 1st skali aku nak bagi contoh skit..penah tak someone tanya korang macam nih bila korang malas belajar ..ehem ehem "macam mana nak berjaya? belajar pon malas..kaw nak jadi ape bile besar nanti haaaa? " dengan nada marah tu..haha..soalan atau ayat penegas ini biasanya digunakan cikgu atau parent korang rite? betul tak? korang boleh tipu aku tapi tak dengan diri sendiri lol..haha..so ape yang aku dapat kaitkan disini ialah korang kena bagi PELUANG kat diri korang untuk berjaya tuu!!! macam mana nak bagi peluang? dengan belajar bersungguh sungguh la kalian oiiii!tapi kadang kadang korang da try your best but you don't succeed,,macam mane tuh? haaaa..at least korang da bagi peluang kat diri korang kan?so korang takkan menyesal la walaupon korang tak berjaya..As long as you gave it your best shot, even if in the opinion of others "you failed," you didn't fail.remember that :)

contoh kedua pulak..korang ada usyar sorang awek nih..manis cun ramah, semua cukup sempurnalah bagi korang..dalam hati tu 'alangkah bestnye dia jadi awek aku' huhu..tapi apa korang buat? hanya sit back dan usya jela? haha..big L for you guys..haha...relating dengan ayat aku..bagi la diri korang PELUANG untuk approach si dia tu..macam mane nak dapat awek tu kalo korang sendiri pun tak nak cuba..ok bagi contoh diri aku sendiri..haha..ini kisah benar jadi kat diri aku..masa aku amik lesen dulu time kelas ceramah nih, ada sorang awek duk belakang aku..ok cukup sifat macam yang aku nyatakan tadi..aku yang segan silu pon fikir la cmne nak dapat contact dia..tak dapat no phone facebook pun jadilah..haha..almaklumlah dari sekolah gay yang dipenuhi jantan jantan sahaja..so bile hal perempuan nih segan tu lebih skit la..sengal..so dalam hati setakat usya jela takde rezeki..haha..tapi suddenly aku teringat ayat nih.."cetus la peluang!!" dengan hati kering dan sedikit kata semangat nih..aku pergi kat dia dan mintak no dia..dapat je..hehe..dia pon ngan hati gumbira kasi no dia kat aku..huhu..bile da start mesej mesej tuh taw la dia ada bf..down down down..tipu jela..i don't give a f**k then..biar jela..at least bertambah la sahabat aku lagi sorang..hehe :)

actually banyak lagi contoh yang aku boleh kasi tapi panjang la pulak..mata da ngantok..korang pon da bosan..haha..mane de bosan kan..hilarious lagi..huhu..

nasihat aku kat korang amalkan ayat nih dalam kehiupan seharian korang ok..insyaAllah berjaya..hehe..kalo korang guna ayat nih..sematkan sekali ayat nih YOU GOT NOTHING TO LOSE!! kerana ayat nih memang suit berdua duaan doh..hehe..renung2kan dan selamat beramal :)

psst : ayat ni aku nampak kat stesen lrt plaza rakyat kalo tak silap aku..ayat seorang yang da berjaya gila babeng..thanks bro kerana sebarkannya kepada rakyat Malaysia..seriously berguna =)

Saturday, February 12, 2011

kenapa..why?


hari nih aku akan menjawab satu persoalan yang ditanya daripada seorang peminat..haha..minat ke?tadelah..friend of mine je..huhu..soalannye berbunyi begini, "kenapa tajuk blog ko ORANG HEBAT MELEBAT?"..aku rasa ramai yang bertanya-tanyakan soalan nih, tapi semua shy shy cat..hanya dia yang got the gut nak tnye aku..huhu..so kenapa and WHY??

my answer: aku sje je nak sengal sengal..boleh?haha..does it answer your question? lol..menurut kamus dewan edisi ke berapa entah yang aku reka sendiri..(malas nak rujuk doh)..orang means human yang ada 5 deria..rasa lihat dengar bau sentuh..hebat means totally awesome dan lebat membawa maksud yang banyak..rambut lebat, hujan lebat..tapi as for me..aku definisikan lebat kat blog aku nih sebagai 'cakap lebat'..alahhh, budak budak remaja zaman sekarang banyak yang guna perkataan ni kan?haha..cakap lebat tu bagi mereka yang tak tahu tuh macam cakap kosong la..orang utagha cakap gebang kan?hehe.. so kenapa aku gabung perkataan tu semua?1st skali of course la macam stylo skit bile sebut ORANG HEBAT MELEBAT..stylo ke?tang mana yang stylo tuh?haha..kat part bat bat blakang tu kot :) bagi aku ayat nih macam unik skit..macam nickname aku la..SEBU..unik an?hehe..tu yang aku duk selalu jawab bile orang tanya kenapa orang panggil aku sebu.haha kalau korang duk teliti ayat orang hebat melebat tu an..korang akan dapati akan ada 2 maksud yang berbeza..1st skali = orang yang hebat mula bercakap kosong merapu dan gebang..faham? 2nd skali= orang yang memang pandai dan sentiasa cakap kosong merapu dan gebang..understood? haha..korang dapat catch up tak nih?lantak larh..kesah apa saya :) hehe yang sebenarnya..aku da takde idea nak wat tajuk apa..so aku terus tulis apa yang bermain di kepala..tak mahu fikir panjang dah..just tulis je..hehe..aku pon siapkan blog nih dalam masa terdekat je..thats why it is simple..siap ke? :p

disebabkan aku tulis entry nih dalam keadaan mengantuk sebab tak tido lagi malam nih dan jam sekarang menunjukkan tepat pukul 7.05am aku mengesyaki jawapan aku nih masih belum menjawab pertanyaan anda sepenuhnya rite?haha..so segala pertanyaan boleh diajukan kat blog ini sendiri atau kat facebook saya ok :)..aku still otw nak create formspring so korang boleh tnye sket2..sabor ye semua..hehe..wa nak tido dulu..bye bye =)

pssst: korang cadangkan la nama nak ditulis kat formspring uh..yang mantap pnye ok :)

Friday, February 11, 2011

FIX YOU :)




pada hari sabtu yang indah walaupun agak panas cuacanye nih, aku nak share something ngn korang..yang aku rasa rugi pulak kalau aku tak share..huhu..firstly aku nak tnye..ada sape sape tak penah dengar nama band Coldplay?aku assume semua pernah kot, just tak pernah dengar lagu diorang an?..hari ni aku nak bagi hangpa semua dngar 1 lagu nih..seriously the sweetest song ever..hehe..bagi main depan awek konfom cair..lalalala..

kepada sesiapa yang tahu menilai seni dan taw pasal tatabahasa dan nilai sastera yang tinggi pasti akan kagum ngan lirik nih..huhu..actually semua lirik lagu mereka berkualiti sebab Chris Martin tu(vokalis diorang) pandai..haha..so korang enjoy lirik ni dulu ok :)

When you try your best but you don't succeed
When you get what you want but not what you need
When you feel so tired but you can't sleep
Stuck in reverse

And the tears come streaming down your face
When you lose something you can't replace
When you love someone but it goes to waste
Could it be worse?

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

And high up above or down below
When you're too in love to let it go
But if you never try you'll never know
Just what you're worth

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

Tears stream down your face
When you lose something you cannot replace
Tears stream down your face
And I

Tears stream down your face
I promise you I will learn from my mistakes
Tears stream down your face
And I

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you


best an lirik nih?huhu..so aku harap korang akan bukak new tab sekarang and pergi kat 4shared.com or etc terus download kagu ni taw..pastu jangan lupe like fanpage diorang kat facebook..haha..wa gerak dulu..laparr!! =) daaaaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...