tapi bukan dekat Paka yang power plant atau tempat proses minyak Petronas tuh. dekat pam minyak je daa. haha. kalau member member aku kat kampung senang senang je kena kencing ngan aku. aku cakap kerja sana. tapi bila jumpa aku masa nak isi minyak baru diorang tahu aku kencing. sumpah seranah la mereka kepada aku. haha. diorang mati mati caya sebab aku belajar jauh jauh dari kecik. takde degree lagi lah bro. haha.
actually aku dah masuk kerja kat sini dulu. time tunggu result spm. alam 5 bulan jugak ah. sebab tu aku malas nak masuk sini balik. dah bosan larh. adoii. tapi terpaksa la sebab nak cari sesuap nasi. haha
*********************
1st day at work. aku ditugaskan kerja cashier ok. bukan macam bangla yang jaga pam uh. agak kurang ajar apabila member member aku menyamakan diri ini dengan bangla. sial. salah aku jugak. sape suruh aku kencing diorang. haha.
kerani tempat kerja tuh memang baik ngan aku. dia da pesan awal awal kat aku suruh jadi pekerja contoh. WELL? haha. tu pun sebab sekarang nih ramai budak budak lepasan spm yang jaga. semuanya agak bermasalah. macam stesen minyak mak bapak beliau. kang kena sound taknak kerja lah, mogok lah. naharam betul. haha. so akulah jadi harapan untuk mengubah diri diorang. haha. padahal aku lebih kurang je -_-'
bekerja berhadapan dengan customer ni memang leceh. macam macam ragam diorang nih. walaupun diorang tak faham apa yang kita hadapi kat mesin cash tuh, diorang fikir diri diorang je. 'customer always rite!' pale hotak ko. geram aku.
ada jugak jenis jantan jantan celaka yang suka duk menggedik ngan cashier perempuan. dengan perempuan bukan main lembut! kalau ngan aku, macam nak bagi penyepak je. nasib baik ada jugak awek awek menggedik ngan aku. haha. tapi ada bagusnya jugak. ini membawa maksud rakyat Terengganu semuanya normal. kami tak GAY, kami OK.
tapi ada yang best jugak kerja sini. contohnya, ada seorang mamat nih menggedik ngan member perempuan aku. gelenya sangat sampai lupa isi minyak rm20. padahal da bayar dah. haha. apa lagi masuk poket lah. tapi tak beli makanan. beli topup je. boleh kan? haha
***********************
actually stesen pam minyak petronas yang aku jaga nih sebelah Mesra Mall. so memang banyak show sshow artis kat sini. memang otw diorang balik tuh diorang singgah kat mesra aku larh. antara artis yang singgah ialah kumpulan sixth sense. oleh kerana kurang minat. aku pun tak perasan. perempuan yang singgah duk gedik gedik kat dia baru aku perasan. haha
tapi band nih memang best. HUJAN. otw diorang ke dungun untuk pergambaran video clip lagu 'muda' tuh, diorang singgah. kebetulan pulak aku ada masa tuh. dapat la bergambar dengan Noh. wahh bangga siot. haha
***************
aku ada 2 bulan lagi nak kerja. sumpah aku nak saving duit kali nih. masuk uia balik nanti aku nak enjoy giler giler punya. haha. tapi camne nak saving kalau tiap tiap kali masuk duit gaji je habis tak sampai cukup bulan? so aku fikirkan nak buat buku bank CIMB yang aku takde lagi dan taknak buat atm card. boleh kot saving :)
kebetulan hari pertama aku kerja aku dapat no celcom baru jugak. dapat la text makcik tiap tiap masa. hahahahaha :D
p/s : kalau korang singgah kat pam minyak rilek rilek sudah. jangan gelabah. kan kena lempang. haha
wee ade noh.. ^^
ReplyDelete