anda pelebat yang handsome :)

Tuesday, March 1, 2011

6 perkara yang meng'kantoi'kan kemachoan aku.

alright. hati happy dah bila masalah dengan someone da setle. bukan masalah sangat actually. salah faham je kot. haha. btw i can smile from ears to ears dah pasni :)

so ramai yang cakap aku tak cakap banyak and macam loading je skit. haha. aku rasa macam cool je buat macam tu. seriously doh. cuba korang rilek je dalam hidup korang dan tak yah gelabah gelabah. mesti macho jugak macam aku. haha sengal.

tapi entry kali nih aku akan mendedahkan situasi situasi di mana kemachoan aku akan terkantoi! haha. segan kot nak cerita tapi selumber ah. haha. sit back and enjoy :)

5 perkara yang meng'kantoi'kan kemachoan aku :

1.cacing~

seperti biasa nak memancing kena ada umpan. so 'cacing' menjadi pilihan. senang je nak cari. tapi awas! aku dah haramkan diri aku pegang mende alah nih. sumpah aku geli geleman ngan mende nih. ewwwww. dari kecik lagi bhaii aku anti menatang nih.

ingat lagi masa kecik aku lari keliling rumah sebab kena kejar ngan member aku dengan cacing nih. tak kesah ah apa korang fikir. tapi bagi aku mende alah ni kotor teramat dan mintak dijauhi dari aku! hahahaha

2.sungai dan laut~

well rumah aku tepi pantai. kebetulan pulak pantai yang ada muara sungai skali. so memang cantik ah. plus memang jadi port berendam aku ah waktu lapang. namun awas! sekencang kencang aku mandi laut dan sungai pun ada cerita tak bestnye.

aku sentiasa akan terbayang ada buaya di sungai dan ikan jaws di laut. haha. terlebih layan movie nih. so aku takkan berada dalam air terlalu lama or terlalu dalam. haha. gila nak kena makan ngan menatang tuh 2 ekor. haha. cuak aku ! (malaysia ada jaws ke? tak tahu aku..haha )

3.bila terkejut~

aku bukan pelatah namun jika dikejutkan secara melampau, terlampau lampau aku boleh jadi. haha. ingat lagi masa tengok cerita hantu kat wayang.

dengan sound effect yang mantap diorang kenakan aku. aku ni memang berani sikit tengok cerita seram nih. tapi bila ada satu scene tuh, bila aku da set otak aku untuk tengok hantu tu julurkan tangan tapi dia pulak keluar merangkak dengan laju. lahanat! terlompat aku dari kerusi tu. haha. segan kot

4.bila tengok cerita menyayat hati~

haha. aku paling takleh tengok cerita yang menyayat hati jiwa dan perasaan nih. konfem konfem air mata mengalir. sob sobb sobb :'( apa der, nangis tgk cerita touching? tak macho ah! haha

haha. biaq p ah ang nak cakap apa pon. jiwa aku lembut. memang fragile senang dieffect. haha. tapi aku tak layan cerita korea der. tapi skali tertengok tu akan terlayan jugak aku rasa. haha

5.basah~

well aku seorang yang aktif. apa ntah istilah saintifik nye. tapi walaupun aku makan banyak aku still tak gemuk. haaaa, kadar metabolisme tinggi kot. hehe. aku pon tak tahu actually.

plus aku agak senang berpeluh. pastu dan dan kena lak ngan aku yang tak suka pakai inner cloth masa pergi kelas atau mana mana saja. so kalau peluh tu memang terang lagi bersuluh ah kat baju aku tuh. haha. masa ni la segan nak mampos pastu tiada keyakinan diri. haha sengal. okok pasni aku pakai inner ok :)

6.darah~

aku paling gelabah ngan situasi nih. bila luka skit aku dah gelabah dah. well aku memang tak suka darah darah nih. aku memang dari kecik set tak nak jadi doktor. haha. cuak la sial

dak dak ni lak kepala nak pedajal aku je keje bagi aku tengok blog karingeri uh. mak aihh, nak termuntah aku dibuatnya. haha. sorry der wa mabuk darah. haha :D

pengakuan berani mati nih. aku hanya mendedahkan kelemahan aku tuh. mesti ramai yang amik kesempatan nak ngenat aku pasni nih. haha. jangan doh, silap hari bulan aku lempang sekor sekor tanpa disedari nanti. haha. TAMAT

p/s : dah baik dah baik ngan budak tuh :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...