anda pelebat yang handsome :)

Monday, March 7, 2011

bila sony erickson jadi ikan. -_-'

hujan lebat di pagi hari
habis basah diriku ini
nak melebat awal lagi
mampos ah, ku tak peduli

berpantun lagi. haha. berbakat jugak aku ni sebenarnya. yeah memang lebat pagi nih. TERAMAT lebat. entah kenapa dari semalam duk hujan je kampung aku ini. padahal sejak aku balik memang panas je sini. haihh. tak kesah la. best jugak sejuk sejuk time hujan nih.

tapi dalam kesedapan kesejukan hujan tersebut ada jugak mende tak best. phone aku terjatuh dalam lopak air! macam celaka !

macam ni kisah bermula. dah hujan lebat kan, so aku kena la hantar kakak aku pergi kerja. padahal selama ni pergi ngan motorsikal je. gedixs lebih. haha. kurang ajar punya adik! aku meredah hujan lebat tuh pergi bukak pintu pagar semua. dah basah basah masuk dalam kereta. memang best !

tapi dicubanya start kereta tersebut, enggak mau hidup dong. puas aku mencuba. tapi haram. urghhh. tade bateri kot. dah lama tak start kan? aku malas bawak kereta nih.bazir minyak je. sen pun tak tebal sangat nih. haha.

pastu aku masuk rumah. and then terperasan mana menyorok phone aku nih? cari dalam rumah tak jumpa. penat dah hamba. pastu suruh kakak aku miskol. tak dapat. saat tuh aku da syak dah somethings wrong. haha. kalau takde dalam kereta memang dalam air la jawabnya.

on the way nak ke kereta tu, aku nampak something shining dalam lopak air tuh. ikan emas ke? ikan jaws ke? haha sengal. bila dirapati, my K550i rupanya(phone murah je). macam sial ah dia duk berendam dalam air lama jugak tu. dalam 15 minit ke apa. adoi adoii memang lemau ah beliau pasni -_-'
phone aku sebijik macam nih, lawa kan kaler beliau?

terus aku berlari naik ke rumah bukak housing bateri simcard semua. terus capai hair dryer kakak aku keringkan mende alah nih. susah woo tade phone. haha.

bila da kering semua aku try on balik telepon ini, nasib baik sihat walafiat lagi. huhu. tapi dan dan je aku tulis entry nih dia start sengal dah. camera dia on off on off. adoii takkan nak kena repair kot. baik aku tukar phone. haha. Blackberry macam best :D

kesimpulannya letak phone anda dalam plastik setiap kali hujan. ( bodoh la kalo korang ikut nih) haha. actually jaga beliau dengan baik setiap waktu dan ketika sebab aku tahu, memang the most important gadget nowadays nih :)

memang pasni bau ikan di telinga aku ( hotak ko, bukan air laut atau air sungai, air hujan bersih (kot)) TAMAT

p/s : baru je dapat contact balik makcik takkan nak miss lagi kot. hua hua hua :D

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...