Pages

anda pelebat yang handsome :)

Wednesday, March 23, 2011

penipuan sms ( apabila melibatkan orang lama)

hari ni macam shit aku kerja sorang. dah la agak sibuk. seorang lagi yang sama shif ngan aku terpaksa jaga anaknya yang sakit. nak buat macam mana kan? kesian la pulak. so aku redha dan layan je kerja sorang. takde la teruk sangat pon. tup tup da habis shif. huhu.

tapi hari ni ada peristiwa tak leh bla skit kat tempat kerja aku. biasa la kat pam minyak kan? ada la mesin atm nya. dalam tengahari skit. ada sorang pakcik nih, aku duk usya dia kat mesin atm tuh, sambil on the phone dan seakan akan tak tahu menggunakan mesin atm tersebut dan menunggu arahan daripada telefon je.
datang negara orang buat tahi

agak lama jugak lah dia macam tuh. aku yang baik hati ni pon pergi la tanya dia apa masalah yang berlaku ( baik la kot). pastu pak cik tu cakap dia menang apa ntah, pastu ada orang nak masukkan duit la kononnya. pastu kena ikut arahan mereka. aku pun amik telefon dari pakcik tuh dan bercakap ngan pihak mereka. dari KL kata pak cik tersebut. tapi haram aku dengar loghat indon. haaah, memang sah pakcik kena tipu!

tapi disebabkan aku ni masih remaja. muka pun babyface, memang ah orang tua tak mahu dengar cakap aku. dia ingat boleh dapat duit banyak la agaknya. padahal kena tipu! adoyaii.

ni la susah orang tua yang cetek pengetahuan. jadi mengsa sindiket sindiket ini la jawabnya. hadoii..

so pakcik tu still cuba buat jugak kat mesin atm tuh. agak lama lah tapi still tak dapat. aku yang buntu tak tahu nak terangkan kat dia macam mana decide untuk terangkan kat makcik yang lebih muda dari pakcik tersebut.

Alhamdulillah makcik tersebut dapat terangkan dengan baik kepada pak cik itu. setle masalah. tapi kesian tengok pakcik tu pulang dengan muka dan perasaan yang hampa. mengharapkan duit beribu riban, tapi taik hidung pon tak dapat. ishkk isshhhk isshhhkk...

konklusinya, kita harus berwaspada kepada taktik taktik penjenayah sekarang nih. bermacam cara diorang guna. sms la kol lah apa lah. korang pun pernah kena kan?
sms kaya raya

kalau nak diikutkan mesej yang aku pernah dapat sumpah aku da kaya raya sekarang. ahaha.

p/s : jaga ayah mak nenek atuk dan seluruh keluarga korang. sesungguhnya masih ada yang belum mengetahuinya :)

3 comments:

  1. aha...tol gak..bile aku tengok semua msj adiah tu dalam inbox aku mmg dah dekat sejuta jugak..kaye kaye

    ReplyDelete
  2. CN penah dapat gak msg tu..ignorekan je la.. nak kaye, kne berusaha..bukan nak kye dgn cre mudah..sbb nnt kite gagal pun dgn muadh jugak..

    ReplyDelete
  3. macam3 cara org nak tipu kan?
    hahha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...