Pages

anda pelebat yang handsome :)

Sunday, February 27, 2011

10 tips berguna kepada perokok.

yeah hari ketiga di Terengganu memang best. udara yang nyaman dan segar, pemandangan yang indah. haha. kalau kat PJ uh memang tak ah, dah la UIA tu sebelah kilang je. silent killer orang kata. adehh

tapi kalau udara yang bersih pun tapi korang hisap rokok pun apa guna kan? sama ja. aku tak nak cerita pasal toksik toksik atau racun racun atau sebagainya sebab korang sendiri pun taw kan? dah penat kerajaan bagitahu kalau nak suruh aku cerita jugak tak taw la. haha LOL

kepada perokok perokok out there diorang bukan tak sedar risk merokok tu tapi memang susah nak stop kan? jangan tipu ah kalau korang tak pernah cuba nak stop kan? paling lama pun 2 minggu je bleh tahan. stop rokok nih memang mission impossible la wa cakap lu.
so hari nih aku akan bagi tips skit kepada korang. bukan tips nak berhenti merokok sebab haram ah korang bleh buat, haha. just tips sempoi sempoi untuk mengurangkan risiko kesihatan, menjimatkan duit dan berfaedah bagi korang. haha. macam biasa, sit back and enjoy :)

10 tips sempoi kepada perokok :

1. jangan membeli, menyimpan atau memiliki lighter dan mancis~
takde lighter takleh cucuh rokok rite? apa masalhnya? aku still boleh pinjam kat orang lain. haha. disinilah pointnya, tak semua orang ada lighter, so korang akan mengambil masa untuk mengenal pasti siapa yang ada lighter. so korang akan mengurangkan jumlah hisapan dalam sehari coz memang penat ah asyik nak pinjam je. haha. tips ni lagi berkesan kalau korang pemalu :)

2. banyakkan beriadah dan minum air masak~
dah taw korang menjahanamkan diri sendiri, cover la skit dengan mencergaskan badan. ni sampai ada kes dah la gemuk, riadah malas, hisap rokok kuat, so korang bgtaw aku dia boleh survive sampai bila?haha. kalau korang riadah ngan minum banyak air tu boleh la buang toksin skit skit plus jantung jadi lagi kuat. kan seimbang tu :)

3. hisap rokok semasa menaiki kenderaan~
motorsikal especially. angin konfem telan rokok korang lagi banyak daripada masuk mulut korang. so segala keburukan pada rokok tak masuk semua la dalam badan ko. haha. kan selamat tuh. tapi awas, accident tanggung sendiri. jangan salahkan aku :)

4. hisap rokok pancung pancung~
istilah pancung nih means kongsi kongsi la kepada sesiapa yang tak tahu tu. haha. ok faedah yang korang dapat dari ni ialah korang dapat save duit. kalau harga sekotak rm10 pancung ngan member jadi rm5 je. plus kesan kesan negatif rokok pun korang kongsi 2 orang. so nyawa korang dah tak sependek yang dijangka. haha :)

5. banyakkan lepak hospital~
selain daripada zon larangan merokok, pergi lawat pakcik pakcik yang terkena penyakit kesan daripada merokok. jadikan iktibar masa depan :)

6. nicotine gum atau rokok electric tuh~
korang jangan beli mende alah nih. seriously tak berguna. wat bazir duit je. ramai member aku dah terkena.nak kena asap jugak lalu tekak uh. haha :)

7. cari awek yang tegas~
sah sah perempuan tak suka balak mereka merokok. so cari la awek yang tegas tegas skit biar kena maki hamun ngan dia kalau korang hisap rokok. "alah boleh hisap rokok belakang dia" kalau korang terfikir mende nih, banyakkan dating bersama mereka :)

8. banyakkan telan lollipop atau choki choki~
kalau rasa menyangap je buat mende nih. dah la sedap, harga pun murah je. lagi comel hisap lolipop dari rokok. awek pun suka comel comel nih :)

9. jangan pergi melancong tempat bebas cukai~
contoh langkawi labuan or etc. kat sini rokok memang murah naharam. memang kalau korang pergi sini nafsu merokok tu memang tinggi. tak cukup dengan itu. siap tapau 2-3 katon wat balik. haha :)

10. kurangkan makan~
yeah waktu favourite merokok ialah selepas makan. kalau korang kurangkan makan so kuranglah waktu favourite merokok. hence kuranglah kadar hisapan kurang. plus boleh tolong korang diet. haha :)

haha. amacam? sempoi? korang boleh praktikkan tips tips diatas. insyaAllah menjadi. tapi awas! tips tips nih tak pernah disyorkan doktor doktor di Malaysia mahupun Antarabangsa. haha. TAMAT

p/s: aku tulis nih sebab makcik suruh aku stop and suddenly dapat idea :)

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...