Pages

anda pelebat yang handsome :)

Saturday, February 26, 2011

rumah manis rumah :)

Yeah tepat pukul 4.00 pagi aku sampai ke rumah ku yang tercinta..haha..pagi pagi buta baii..cuak jugak nak jalan kaki ke rumah aku gelap gelap nih..dah la banyak cerita hantu sekarang nih..maunya hantu kak limah tu ikut aku balik rumah..haha

For your information rumah aku tiada kemudahan internet so aku akan rarely update my blog okayh..ini pun tulis kat rumah satgi pergi la cybercafé terdekat..haha

Sampai sampai rumah terus tidur..azan subuh bangun pergi masjid..penat penat pun pergi jugak..kalau tak, bising ah mak aku nanti..haha.alaa masjid dekat je pon ngan rumah aku nih. Lepas subuh tido ah balik..mantap..

Tanpa ku sedari, sempena kepulangan aku ke tanah air tercinta nih banyak aktiviti menunggu aku rupanya..haha..sebangunnya pukul 9.00 lebih macam tuh, after sarapan, terus member aku ajak pergi mandi air terjun..wahhh..mantap..dah la lama tak menghirup udara segar nih..nak harap udara kat PJ uh? Harammmmm

Pergi lah kami dalam 6 orang ke air terjun tersebut..for your information, aku nih memang kurang skit ngan air terjun nih..aku lagi prefer air laut..mana taknya, sejuk macam sial je. Aku memang mandi skit jela pagi tuh..haha..dalam kul 11.30 balik la kami.

Aktiviti petang pun mantap derr..main WAU..haha. it’s been a while dah aku tak main permainan nih..kecik kecik dulu selalu gak. Aku pun tak tahu apa yang seronoknya main wau nih. Tapi korang kena cuba. Seriously! Maybe part yang seronok masa menaikkan wau tu kot. Bila dah naik tu perggghh feel dia best kot. Bila main tarik tarik tali ngan angin tu layan der..tapi kalau korang nak suruh aku buat, haram aku tak reti..hahaha

Rumah aku tepi pantai je. Angin kuat. Sebab tu ramai yang main kat sini. Petang tu memang lepak pantai jela sampai maghrib.

Lepas maghrib, aku diundang pulak ke bbq akak angkat aku. Memang best ah balik balik kampong je bnyak je aktiviti best. Aku rasa macam hot je kat sini.haha. akak angkat aku tu umur da 21, dia wat bbq sebab nak celebrate dia pas exam dan nak grade dah tak lama lagi. Btw, mak dia memang sporting pun. Semua kawan aku diajaknya. Haha.

Kawan kawan aku ni lak kalau bab melantak no 1 larh. Kalau ada kenduri jangan jemput diorang taw. Haha. Haram diorang tak menolong pun semalam. Penat penat aku bakar ayam diorang datang makan je. Kurang ajor. Haha. Last last aku makan sisa sisa je. Haha. Takpe takpe aku bukan kebulur pon. :D

Yeah, aku rasa tak lengkap kalau aku tak cerita pasal makcik. Hehe. Sebenarnya before aku naik bas aku pergi hantar dia dulu. Bas dia awal sejam dari aku. I hate to say this but I’m going to miss you makcik. 3 bulan lagi baru jumpa der. Haha. Sedih siot. Sobb sob sob. Nangis aku. Tapi dia janji nak kol kalau da sampai. Tapi tak kedengaran pun.

So aku text sekeping dua. Taknak kol or text dia banyak banyak. Lelaki kena egois. Hahaha. Tapi still tade khabar berita lagi. Ok rilex sebu. Think positive okayh. Fine. Tup tup petang tu dia kol. Wahh, berbunga bunga hati nih. Hahahaha. Sengal. Cakap sekejap je. Kos nya mahal disebabkan line berbeza. Nanti saya tukar line ok makcik. Sabar. Hehe.

So carut banyak banyak pun tak guna. Idea aku sebenarnya mencurah curah sejak balik kampong nih. Tunggu next entry la okayh. Bye. TAMAT

p/s : next aktiviti aku, nak cari kerja part time, kumpul duit skit pastu enjoy!! haha

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...